Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
singly adv satu per satu, satu-satu; (ref to persons) seorang demi seorang: the items on the agenda must be dealt with ~, perkara-perkara dlm agenda itu mestilah diselesaikan satu-satu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
piece~ by ~, (one by one) satu satu; (one part at a time) bahagian demi bahagian: he had to pick up the broken glass ~ by ~, dia terpaksa mengutip kaca-kaca gelas yg pecah itu satu satu; the ornaments were wrapped ~ by ~ and packed into the crate, barang-barang perhiasan itu dibungkus satu satu dan dimasukkan ke dlm peti kayu; the machine was assembled ~ by ~, mesin itu dipasang bahagian demi bahagian; a ~ of cake, (colloq) kacang (saja): after climbing Mount Kinabalu, walking up Penang Hill will be a ~ of cake,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
one~ another, see EACH OTHER; ~ at a time, ~ by ~, se + approp classifier /demi, lepas/ se + approp classifier, [repeat classifier]; (ref to inanimate object) satu-satu, satu /per, demi, lepas/ satu: ~ by ~ the patients were called into the doctor’s surgery, seorang demi seorang pesakit itu dipanggil masuk ke pejabat doktor; the cows would only cross the road ~ at a time, so we had to wait ages, lembu-lembu itu hanya suka menyeberangi jalan seekor-seekor, jadi kami terpaksa menunggu lama sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
measuredadj 1. carefully considered, berhati-hati: ~ words, kata-kata yg berhati-hati; 2. slow and with a regular rhythm, satu-satu: he walked to the door with ~ steps, dia berjalan ke pintu dgn langkah satu-satu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
otherno ~ reason than, semata-mata: if he really did it, than he did it for no ~ reason than to help us, jika benar dia melakukannya, dia melakukannya semata-mata utk menolong kita; one after the ~, satu demi satu [satu may be replaced by se- + approp classifier], (colloq) lepas satu, satu; (of person) seorang (demi, lepas) seorang, (colloq) lepas seorang, seorang: he picked the balls up one after the ~, dia mengutip bola-bola itu satu demi satu or sebiji demi sebiji; one after the ~ they fell ill and died, seorang demi seorang jatuh sakit lalu mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
single file n berderet satu per satu: the ducks crossed the road in ~, itik-itik itu melintasi jalan berderet satu per satu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
straight 4. offering alternative, satu lawan satu: it was a ~ fight between two parties for the presidency, pertandingan satu lawan satu antara dua parti bagi jawatan presiden; 5. honest, lurus, jujur: please be ~ with me, tolonglah berlaku lurus dgn saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nextfrom one ... to the ~, dr satu ... ke (satu) ... (yg lain), dr ... ke ...: the news was relayed from one unit to the ~ along the front line, berita itu disampaikan dr satu pasukan ke satu pasukan yg lain di barisan depan; we trudged from one shop to the ~ looking for the dictionary, dgn susah payah kami pergi dr satu kedai ke satu kedai mencari kamus itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
straggly adj loose and untidy, tdk teratur; (of beard) berceranggah; (of hair) terjurai-jurai; (of branch, vine) tumbuh satu-satu: a ~ line of recruits, barisan rekrut yg tdk teratur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
itinerantadj travelling from place to place, pergi dr satu tempat ke satu tempat: an ~ band of musicians, kugiran yg pergi dr satu tempat ke satu tempat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas