Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hubungan satu kepada satuone to one relationPadanan antara satu unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
padanan satu dengan satuone-to-one correspondenceHubungan yang menentukan kedudukan satu titik pada objek ke satu titik tertentu pada imej.Menengah Rendah
satu perempatone quarter/one over fourSatu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. Lihat ContohSekolah Rendah
satu perduaone half/one over twoSatu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat ContohSekolah Rendah
garislineTanda lurus atau melengkung yang terhasil apabila satu titik bergerak dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain. Lihat ContohMenengah Rendah
lokuslocusSurihan atau lintasan yang dibentuk oleh satu set titik dalam satu satah atau ruang tiga dimensi yang memenuhi satu syarat atau lebih.Menengah Atas
satu putaran lengkapone whole turnSatu pusingan lengkap yang bersamaan dengan 360°.Menengah Atas
hasil bahagiquotientNilai yang diperoleh apabila satu angka dibahagikan dengan satu angka yang lain. Contohnya, hasil bahagi 64 ÷ 4 ialah 16.Menengah Atas
hasil bahagiquotientNilai yang diperoleh apabila satu nombor dibahagi dengan satu nombor lain. Contohnya, 45 ÷ 3 = 15, 15 ialah hasil bahagi.Menengah Rendah
bakiremainderSebarang nilai yang tinggal apabila satu nombor dibahagikan dengan satu nombor yang lain. Contohnya, 7 ÷3 = 2 dengan baki 1 . Lihat ContohMenengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas