Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak ada yg lain, satu sahaja: dialah ~ orang Melayu yg sanggup memikir-kan masalah masyarakat Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
codex unicous(L.)naskhah tunggalKesusasteraanTiadaSatu-satunya naskhah dari suatu tradisi dan tidak terdapat versi-versi yang lain.
chromitekromitGeologiTiada1. Mineral dari kumpulan spinel yang merupakan satu-satunya mineral bijih kromium yang utama.
pulsometer pumppam pulsometerKejuruteraanTiadaPam stim dengan injap bebola automatik, satu-satunya bahagian yang bergerak, yang menerima masuk stim secara bergilir-gilir ke sepasang kebuk, dengan itu memaksa keluar air yang telah disedut masuk oleh pemeluwapan stim selepas lejang sebelumnya.
ArticulataArticulataGeologiTiada1. Kelas Brachiopoda yang mempunyai katup berengsel yang biasanya mengandungi gigi.,2. Satu-satunya subkelas ekinoderm dari kelas Crinoidea yang masih wujud.
behaviouristahli behaviourismePerubatanTiadaAhli daripada mazhab psikologi yang menganggap cerapan objektif kelakuan organisma sebagai satu-satunya subjek yang wajar untuk dikaji dan diwujudkan dalam teori.
gravitational instabilityketakstabilan gravitiSainsHidrometeorologiKetakstabilan statik dalam suatu sistem yang di dalamnya keapungan atau graviti terkurang merupakan satu-satunya daya kembali bagi alihan. Pada umumnya, bendalir tidak stabil dari segi graviti apabila kadar tukaran persekitaran ketumpatan melebihi kadar tukaran proses kepadatan. Bagi bendalir tak termampat, ini memerlukan pertambahan ketumpatan mengikut ketinggian; bagi atmosfera, apabila kenaikan dianggap beradiabatik, ini memerlukan kadar tukaran (suhu) melebihi kadar tukaran adiabatik.
microcyclicmikrokitarBiologiPatologiMerujuk kepada kulat karat yang tidak menjalani kitar hidup yang lengkap, iaitu mempunyai peringkat Iii (telium) sebagai satu-satunya peringkat bernukleus dua. Oleh itu, kulat ini tidak mempunyai peringkat I (aesium). Kadang-kadang peringkat II (uredium) juga tiada. bd. makrokitar.
periodical essayesei berkalaKesusasteraanTiadaEsei yang ditulis untuk penerbitan sebagai esei yang terpenting atau satu-satunya artikel dalam satu keluaran penerbitan majalah berkala.
continental hightekanan tinggi benuaSainsHidrometeorologiKawasan umum yang mempunyai tekanan tinggi atmosfera carta min tekanan aras laut, dengan kawasan ini kelihatan menindih benua semasa musim sejuk. Satu-satunya contoh yang benar-benar ketara ialah tekanan tinggi Siberia.
General Assembly (UNGA)Perhimpunan AgungUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu daripada lima organisasi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan satu-satunya organisasi pleno yang memberikan perwakilan sama rata kepada semua negara anggota. Perhimpunan Agung bertanggungjawab untuk membahaskan isu-isu antarabangsa, melantik anggota tidak tetap Majlis Keselamatan dan mengemukakan syor dalam bentuk resolusi. Negara membangun yang kini merupakan majoriti dalam perhimpunan ini berupaya membawa suara yang dapat mempengaruhi sifat dan bentuk keputusan Perhimpunan Agung.
1234

Kembali ke atas