Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau berdagang; ~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dgn saudagar kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau ber­dagang secara besar-besaran: ~ bijih timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar

Puisi
 

Ambil galah jolok jantung,
     Jatuh sebiji tepi paya;
Saudagar tidak beruntung,
     Hendak mengadu dagang saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum DBP... wujudkah istilah "universiti saudagar"? jika ada, apakah maksudnyaUntuk makluman, tidak terdapat istilah "universiti saudagar" dalam bahasa Melayu.Istilah28.11.2016
Bersabit pantun ini: Ada seorang saudagar Keling Matanya merah seperti cempeling Pelita di tengah orang keliling Buluh seruas berganti suling, apa makna seruas berganti suling?Maksud bagi "Buluh seruas berganti suling" ialah sesuatu benda (buluh) yang bertukar menjadi benda yang baik (suling/seruling) atau dalam erti kata yang lain seseorang/sesuatu yang memberi atau mendatangkan manfaat/ kebaikan kepada ramai.Sastera28.02.2024
Sila semak dua ayat ini, dan berikan nasihat tentang penggunaan kata 'bahawa'. Saya tahu, awak orang kaya. Saya tahu bahawa awak orang kaya.

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar. Ayat yang saudara kemukakan itu lebih berbentuk bahasa percakapan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 253, 398, 416, 508

Tatabahasa13.11.2010
1. penggunaan bahawa?? 2. Bolehkah menggunakan perkataan Ini diawal ayat? 3. Kejayaan kita menjadi... Islam sebagai addin......menjadikan Islam atau menjadi Islam? 4. penggunaan adalah dan ialah??? 5. Bolehkah menggunakan perkataan Yang diawal ayat? 6. Bolehkah menggunakan yang merupakan dalam ayat? 7. Bolehkah menggunakan kata tanya seperti bila, bagaimana, siapa.... dalam pernyataan ayat? 8.1. Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.
2. Boleh. Fungsi kata hubung ini adalah untuk menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.
3. ...menjadikan Islam
4. Kata pemeri ialah digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama. Cth. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif. Cth. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
5. Boleh.
6. Soalan ini tidak jelas.
7. Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat.
Tatabahasa27.03.2013
Assalamualaikum. Didapati ialah bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Mohon penjelasan pihak tuan tentang penggunaan ungkapan “adalah bahawa” dalam ayat ini. Terima kasih.

Saudara,

Perkataan 'adalah' merupakan kata pemeri dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya : Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar; Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin; Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.

Berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul ialah ' Didapati bahawa masih ada orang bukan Melayu yang tidak fasih bertutur bahasa Melayu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan edisi Ketiga.   

   

Tatabahasa04.11.2009

Kembali ke atas