Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau berdagang; ~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dgn saudagar kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau ber­dagang secara besar-besaran: ~ bijih timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar

Puisi
 

Ambil galah jolok jantung,
     Jatuh sebiji tepi paya;
Saudagar tidak beruntung,
     Hendak mengadu dagang saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGKATAN LAUT SAUDAGAR

Angkatan laut saudagar atau saudagar

marin ialah angkatan laut yang terdiri daripada

kapal perdagangan dan kakitangan lelaki dan

wanita yang mengendalikannya. Angkatan ini

merangkumi kapal kargo dan kapal penumpang.

UMUM 
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR, novel karya Sasterawan Negara Keris Mas.   Novel ini pernah disiarkan secara bersiri dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman mulai 22 Mac hingga 8 November 1981.  Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1982.  Novel ini dihasilkan oleh penulis setelah dia bergelar Sasterawan Negara.

SASTERAKarya
ZENO DARI CITIUM

Zeno dari Citium (335?–265? SM) ialah

pengasas falsafah Stoik di Athens. Zeno lahir di

Citium di Pulau Cyprus. Zeno pada mulanya,

adalah seorang saudagar, tetapi kapalnya karam

dan dia kehilangan semua hartanya dalam

pelayaran ke Athens pada tahun 314 SM.

UMUM 
UTIMUTIRAJA

UTIMUTIRAJA ( ? -1511), saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh.  Dia juga dikenal sebagai Timuturaja.  Seorang yang bersikap oportunis, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka.  Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya, telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.  Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis itu, dan memberitahunya tentang peristiwa itu.  Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa (India) untuk memberitahu Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA MUNDELIAR

RAJA MUNDELIAR (? - ? ), saudagar keturunan Keling pada zaman Kesultanan Melaka. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui secara pasti. Raja Mundeliar adalah seorang yang kaya-raya dan oleh sebab itu dia dapat bergaul serta berdamping dengan pembesar-pembesar Melayu yang menjadi tonggak pentadbiran Empayar Melaka pada ketika itu. Dengan kedudukannnya itu, dia mempunyai pengaruh yang kuat terhadap beberapa pembesar yang rapat dengannya. Dia juga terlibat dalam kegiatan serta putar-belit politik para pembesar itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KOMPANG

Kompang, alat muzik paluan berbentuk rebana

yang berbingkai. Alat ini dipercayai berasal dari

Timur Tengah. Ia pada mulanya digunakan oleh

saudagar Arab untuk menarik minat pembeli

dalam sesuatu pesta jualan. Apabila Islam

berkembang di Nusantara, rebana dan kompang

diperkenalkan ke dalam masyarakat melayu untuk

upacara berunsur keagamaan.

UMUM 
NAINA SURIA DEWANA

NAINA SURIA DEWANA (   ?  -   ?  ), saudagar keturunan India (Keling) pada masa kerajaan Melayu Melaka. Dia bermastautin di Melaka dan menjadi kaya hasil kegiatan perdagangannya. Kekayaannya ada disebut dalam Sulalatus Salatin, “penghulu segala saudagar di dalam negeri Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HOUTMAN, CORNELIS DE

Houtman, Cornelis De (1565-1599), penyusun kamus, ahli pelayaran dan saudagar berbangsa Belanda.

BAHASATokoh
DEWAN PERNIAGAAN

Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli

peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya

dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan

ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan

negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan

perniagaan merupakan agensi rasmi, yang

ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala

dikenali sebagai lembaga perdagangan,

persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan.

International Chamber of Commerce mempunyai

ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di

seluruh dunia.

UMUM 
123

Kembali ke atas