Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
بنت الأخbintu akhAgama IslamFiqhAnak saudara perempuan daripada saudara lelaki.
بنت الأختbintu ukhtAgama IslamFiqhAnak saudara perempuan daripada saudara perempuan.
أولاد الأخواتawlad akhawatAgama IslamFiqhAnak saudara lelaki daripada saudara perempuan.
الأخ من الرضاعsaudara lelaki sesusuAgama IslamFiqhSaudara lelaki yang sama-sama menyusu pada seorang ibu.
الإخت من الرضاغsaudara perempuan sesusuAgama IslamFiqhSaudara perempuan yang sama-sama menyusu pada seorang ibu.
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.
relativesaudara; relatifFizikTiadaTiada
siblingsaudara kandung; sekandungKependudukanTiadaTiada
relativesaudara; relatifKesusasteraanTiadaYang berhubungan antara satu sama lain.
siblingsaudara kandung; sekandungMatematikTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas