Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN GETTYSBURG

Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai

hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan

dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral

George G. Meade yang mengetuai tentera Utara

(Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan

Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera

Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua-

dua pasukan bersenjata bertempur secara

kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg,

Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila

briged gabungan menyerang pasukan berkuda

Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai.

UMUM 
PERANG KELANG

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG KELANG, perang saudara yang berlaku di Selangor disebabkan para pembesar bersengketa untuk menguasi tanah lombong.  Perang ini berlanjutan dari tahun 1866 hingga tahun 1874.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERANG BUKIT PUTUS

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PERANG BUKIT PUTUS, perang saudara pertama di Negeri Sembilan.  Perang ini berlaku pada tahun 1875 antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal berhubung pemilihan waris takhta.  Perang ini melibatkan campur tangan pihak British yang mengambil kesempatan daripada perbalahan yang berlaku antara pembesar negeri untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Sungai Ujong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PENGAMBILAN SABAH

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAMBILAN SABAH, penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah).  Borneo Utara adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada British pada akhir abad ke-19.  Sebelum itu, sebahagian daripada wilayah ini telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu setelah Sulu membantu Brunei mengamankan perang saudara yang berlaku di Brunei pada pertengahan abad ke-18.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DAENG CELAK

DAENG CELAK (? -1745), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang kedua dengan gelaran Sultan Alaudin Syah ibn Opu (m.m. 1728). Dia juga disebut Daeng Pali, putera keempat Opu Tendribureng Daeng Rilaka, anak saudara Arumpone, Raja Bone. Pada akhir abad ke-17, Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi mengembara ke tanah barat dengan puteranya berlima saudara. Pada waktu itu, Daeng Celak masih muda. Pada tahun 1722, Daeng Marewah, abang Daeng Celak, dilantik oleh Sultan Sulaiman dari kerajaan Johor sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor. Pada waktu yang sama, Daeng Celak telah dinikahkan dengan Tengku Mandak, saudara  Sultan Sulaiman. Daeng Celak dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Riau-Johor apabila Daeng Marewah meninggal dunia pada tahun 1728.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERKAHWINAN SEMELAI

ADAT PERKAHWINAN SEMELAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semelai di Semenanjung Malaysia. Mereka sangat menggalakkan bentuk perkahwinan endogami iaitu perkahwinan antara ahli dalam satu kelompok atau kampung tetapi bukan di kalangan ahli keluarga atau saudara terdekat.

1">           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN TEMIAR

ADAT PERKAHWINAN TEMIAR, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Temiar di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Temiar tidak mempunyai istilah khusus untuk merujuk kepada perkahwinan kecuali perkataan ‘seklog’ yang bermaksud tidur atau tidur bersama. Masyarakat Temiar tidak membenarkan perkahwinan antara ahli keluarga dan saudara sedarah. Perkahwinan antara ahli keluarga yang rapat seperti sepupu juga tidak digalakkan.

1">            Secara umumnya masyarakat Temiar mengutamakan perkahwinan monogami, tetapi poligami khususnya poligini masih diterima oleh masyarakat ini. Perkahwinan secara endogami juga banyak berlaku berbanding dengan eksogami. Dari segi umur, orang lelaki biasanya berumur 16 tahun manakala orang perempuan lebih muda daripada itu. Selepas berkahwin, pasangan suami isteri biasanya akan membentuk keluarga asas sendiri.

 

BUDAYAKonsep
DAENG MENAMBON

DAENG MENAMBON (? - ?), Raja Mempawah (Kalimantan Barat), putera Opu Tendribureng Daeng Rilaka yang kedua. Daeng Rilaka ialah sepupu Raja Bone (Arumpone), di Sulawesi Barat Daya. Daeng Rilaka berangkat dari Sulawesi dan mengembara ke tanah barat pada akhir abad ke-17. Pada waktu itu, Sultan Muhammad Zainuddin Raja Matan (daerah di pantai Kalimantan Barat), dipaksa oleh adiknya meninggalkan kerajaannya. Sultan Muhammad Zainuddin meminta bantuan putera Daeng Rilaka, Raja Bugis berlima saudara.

1"> 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DAENG MANAMPOK

DAENG MANAMPOK (? -1735), pemimpin Bugis. Dia dikenal juga dengan nama Raja Tuan Bugis. Dia ialah putera Raja Lampoko (Sulawesi Barat Daya) yang pernah menghina Raja Bugis, Arung Palaka pada tahun 1690, lalu meninggalkan Sulawesi dan pergi ke Jawa. Menurut rekod Belanda, pada tahun 1711 Daeng Manampok menetap di Linggi, berhampiran dengan tempat tinggal Daeng Marewah di Sungai Penagie, Linggi. Dia membantu Daeng Marewah menguasai daerah timah di Linggi dan Selangor dan mengiringi Daeng Marewah ke Kedah untuk membantu Raja Kedah dalam perang saudara di Kedah pada tahun 1715.

1">     

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas