Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara rapat;

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit,
     hilang bangsa tidak berwang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman.Tatabahasa29.10.2010
Adakah salah dari segi maksud atau maksud berlainan bagi ejaan 'gambar rajah' dieja rapat 'gambarajah'.


Ejaan yang betul ialah "gambar rajah". Untuk pengetahuan saudara, ejaan "gambarajah" ialah istilah lama yang dieja rapat. Setelah sistem ejaan baharu diperkenalkan, ejaan yang betulnya ialah dua patah perkataan. 
Istilah16.04.2014
Saya sudah menyemak Kamus Dewan mengenai perkataan 'pun'. Namun ada beberapa perkataan yang menggunakan perkataan 'pun' tidak ada dan saya keliru untuk menggunakannya, kerana ada yang dieja rapat dan ada yang dieja jauh daripada kata dasarnya. Misalnya, walaupun, sekalipun, walau bagaimanapun, meskipun (dieja rapat) dan belum pun, sudah pun (dieja jauh) Oleh itu, apakah formula yang perlu digunakan bagi memastikan sama ada perkataan itu dieja rapat atau jauh. Misalnya - walau apa pun / walau apapun walau bagaimana pun / walau bagaimanapun mahupun/ mahu pun dan lain-lain perkataan berbangkit. Diharap saudara atau saudari dapat memberikan formula untuk menentukan ejaan 'pun'

Ada 13 perkataan yang ditulis serangkai dengan kata partikel pun: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun,sungguhpun dan walaupun.  Walau bagaimanpun .

Pun yang bermaksud juga ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya : apa pun, telah pun.

Ejaan11.03.2008
Saudara masih belum menjawab satu soalan saya? Apakah kata ganti nama untuk masa dan waktu?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa24.02.2014
Saya perlu maklumat tentang teori medan maknaTeori medan makna- Sesuatu perkataan berkait rapat dengan sesuatu perkataan lain. Untuk membantu, saudara boleh mendapatkan buku hasil tulisan Palmer-(Tajuk:Semantik)-diterjemahkan oleh Abdullah Hassan dan Pengantar Falsafah bahasa tulisan Hashim Musa -2006.Terima kasih.Lain-lain15.09.2006
Salam. Senarai hitam merupakan kata majmuk yg tidak mantap. Adakah perkataan ini akan dieja rapat sekiranya imbuhan apitan digunakan seperti menyenaraihitamkan.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah menyenaraihitamkan. Kata majumuk dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran, perkataan  tersebut dieja sebagai satu perkataan.  

Ejaan22.08.2010
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa?

Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan  perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti.

Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung)

Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut)

Tatabahasa09.04.2009
Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi.Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.Lain-lain21.03.2013
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk dasar bahasa melayu dari segi definisi,bentuk,ciri dan fungsi?

Soalan tidak jelas. Adakah saudara maksudkan Dasar Bahasa Kebangsaan atau tentang Ayat Dasar?

Jika yang saudara maksudkan adalah Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan dibentuk pada 1970-an bagi menyokong matlamat pembangunan negara yang meletakkan perpaduan sebagai jaminan kejayaan. Dasar Bahasa Kebangsaan merupakan dasar yang berkait rapat dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan dengan fokus utama dasar-dasar ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan.

Manakala, sekiranya saudara maksudkan tentang Ayat Dasar, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Empat pola ayat dasar bahasa Melayu ialah Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN), Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK), Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA) dan Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS). Contoh ayat dasar: Encik Ahmad guru sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 437.

Lain-lain03.12.2021
12

Kembali ke atas