Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ra.ma.ra] | ساودارا-مارا

Definisi : semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ra.ma.ra] | ساودارا-مارا

Definisi : semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara-mara

Puisi
 

Mari kita memasang lukah,
     Dapat seekor ikan tenggalan;
Lepas itu bolehlah bernikah,
     Saudara-mara dapat berkenalan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait1. antilelaki
2. kadangkala
3. rumah tangga
4. arwah
5. saudara-mara
6. ramah-tamah
7. sering kali
8. tanah air
9. pasar raya
10. tengah hari
1. per kapita
12. hubung kait
Ejaan07.08.2014
Maksud 'Keluarga'Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak).Makna24.06.2008
definisi keluargaKeluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725.Makna22.06.2008
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik

Saudara,

Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya.

Tatabahasa11.09.2009
Apakah makna SAUDARA..SEPUPU...SAUDARAMARA..KELUARGA...TKMerujuk Kamus Dewan, saudara ialah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat. Sepupu ialah saudara sedatuk (senenek). Saudara mara pula ialah semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
Soalan peribahasa Apakah peribahasa boleh digunakan tajuk karangan ibu bapa dan anak-anak?Bolehkah Tuan senaraikan 5 peribahasa tersebut.Terima kasih yaPuan boleh menggunakan laman web PRPM untuk membuat pelbagai rujukan termasuklah peribahasa. Contoh, tuliskan ibu bapa dalam carian dan pilih maklumat daripada peribahasa (di bahagian kanan laman web). Rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ibu+bapa&d=82736&#LIHATSINI, anda akan temukan peribahasa  Jangan meludah ke langit. Bermaksud: Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. Ada 20 lagi peribahasa yang berkaitan.
   
Lain-lain06.01.2021
saya ingin mengetahui makna: Kata ganda penuh / seluruh, Kata ganda separa, Kata ganda berirama dan Kata ganda berimbuhan. Harap dapat tolong.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna27.02.2008
saya Nurdin Wasari sedang belajar Bahasa Melayu Dasar, ingin bertanya tentang tatabahasa. Apakah kata ganda berlapis. terimakasihTiada maklumat berkenaan kata ganda berlapis dalam data kami. Walau bagaimanapun, menurut data kami, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 76.Tatabahasa11.11.2015
Selamat pagi, saya ingin penjelasan mengenai kata ganda separa dan kata ganda tunggal atau semu merangkumi maksud dan contoh yang sesuaiKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah.
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Tatabahasa12.10.2015
12

Kembali ke atas