Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.ri] | ساوداري

Definisi : bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan pd perempuan (terutama dlm surat-menyurat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.ri] | ساوداري

Definisi : kata ganti nama diri bagi sau­dara perempuan, teman atau sahabat yg terdiri drpd orang perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam bentuk ayat adakah penggunaan "saudara-saudari sekalian" dan " di kalangan saudara- saudari" betul, ataupun "saudara saudari sekalian" dan "dikalangan saudara saudari" ?Frasa yang betul ialah dalam kalangan saudara saudari..., saudara saudari sekalian...Tatabahasa22.01.2013
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012
Saya Nurhuda Masae Belajar Bahasa SAya ingin bertanya tentang Bahasa apakah makna saudarisaudari ialah kata ganti nama diri kedua bagi perempuan, lazimnya digunakan dalam bahasa seharian (tidak rasmi).Makna30.10.2015
Saudari/Saudara, Apakah perkataan yang sesuai untuk 'connectivity'. Sebagai contoh, 'development connectivity such as public transport, pedestrian walkways, etc.' Bolehkah saya menggunakan 'kesalinghubungan' ?Padanan bahasa Melayu yang puan berikan bagi connectivity, iaitu kesalinghubungan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2021
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009.Tatabahasa10.02.2009
Apakah perkataan yang mempunyai pola suku kata KVK + KV + KVK+ KV + VK + KVK selain daripada perkataan 'menghubungkaitkan' ?Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan ini, saudari bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP) atau Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai rujukan. KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri diperoleh dan  saudari boleh menyesuaikan pola suku kata seperti yang dikehendaki.Lain-lain04.11.2022
Salam saya keliru ejaan yang ada 2 "g" atau 1 "g"dalam perkataanUntuk membantu saudari menyelesaikan persoalan ini, saudari bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri boleh dicari. Selain itu, saudari juga boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bagi perkataan yang mempunyai imbuhan "meng-..."  seperti menggunakan, menggalakan, menggariskan, menggores, menggoreng dan sebagainya.Tatabahasa03.03.2022
Apakah maksud penembusan pasaran?Kami mencadangkan saudari untuk merujuk guru atau pengajar di sekolah. Namun, sekiranya saudari ingin membuat rujukan tambahan seperti tesis, kertas kerja, buku atau artikel, saudari boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/Lain-lain31.12.2021
saya seorang yang suka berkarya tetapi tidak berani menunjukkan bakat yang saya miliki...soalan,bagaimana saya boleh memberanikan diri untuk berdepan dengan pengkarya seperti saya ini?????
Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari kerana mempunyai keberanian untuk bertanya tentang bakat dan potensi diri kepada pihak kami. Sebagai seorang manusia, setiap daripada kita mempunyai bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap hamba-Nya untuk kita melalui perjalanan hidup ini di muka buminya. Justeru, seseorang itu harus mencari dan meneroka bakat ada ada pada diri sehingga seseorang itu tahu bahawa itulah potensi dirinya yang sebenar dan seterusnya memberikan fokus kepada bakat tersebut. bakat yang dimaksudkan di sini ialah pelbagai jenis kemahiran semula jadi seperti memasak, bertukang, menjahit, dan termasuklah menulis atau mengarang. Memang semua perkara tersebut boleh dipelajari, namun bakat semula yang ada pada seseorang itu akan menjadi sesebuah hasil itu lebih baik dan tinggi mutunya.
Persoalan di sini sekarang ialah saudari merasakan diri seorang mempunyai bakat dan saudari juga telah menulis, tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah ketidak beranian saudari untuk menonjolkan karya saudari itu di khalayak ramai atau pembaca. Bagi kami, langkah pemula yang harus saudari ambil ialah yakin bahawa saudari harus menghantar karya saudari itu kepada mana-mana pihak penerbit. Langkah kedua, saudari boleh menyertai mana-mana bengkel penulis atau kursus penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Langkah ketiga, saudari boleh mengikuti mana-mana seminar yang berkaitan dengan kesusasteraan atau penulisan. Semua langkah yang diberi ini akan menambahkan keyakinan saudari terhadap diri sendiri dan bakat yang ada.
Seterusnya, saudari juga harus berani bertemu atau menelefon mana-mana pihak penerbit untuk bertanya dan berbincang tentang karya yang saudari hasilkan itu sama ada sesuai atau tidak untuk diterbitkan. Jika saudari tidak melakukan, bakat dan potensi diri saudari itu akan terhakis sedikit demi sedikit. Oleh itu saudari harus memulakan. Semua bergantung kepada diri saudari sendiri.
Bagi pihak DBP, kami mencadangakan saudari merujuk laman web DBP untuk mengetahui bengkel, kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Sekian, terima kasih.
Lain-lain06.10.2009
12345678910...

Kembali ke atas