Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri.


Ayat yang betul  adalah seperti yang berikut:

1) Saya suka akan saya.

2) Saya suka akan diri saya.

3) Saya suka akan diri saya sendiri.

4) Saya suka akan diri sendiri.

6) Saya menyukai diri saya.

Tatabahasa07.08.2022
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya mahu bertanya tentang korpus DBP saya, saya tertekan bahagian atas korpus dan tiba tiba jadi begini, saya mahu melakukan analisis bagi kerja kursus saya dengan mendapatkan bukti bukti perkataan yang saya cari. Harap encik/cik dapat bantu saya, saya menggunakan email yang sama didaftar untuk korpus dpb ini. terima kasih.

Untuk makluman puan, terdapat masalah gangguan capaian internet di premis DBP pada tarikh tersebut. Mohon untuk mencuba sekali lagi.

Maaf atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain03.06.2022
Dia doktor saya.Saya menerima rawatan daripadanya. Ayat di atas betul ke?"Dia doktor saya. Saya menerima rawatan daripadanya." Contoh ayat yang diberikan betul. Tatabahasa27.05.2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya 1 soalan mengenai permohonan terbharu saya. Saya dapati yang permohonan saya masih tidak diluluskan dan saya kurang faham sedikit untuk melakukan proses kemaskini dan juga saya kurang jelas mengenai perkara tersebut kerana kurang penerangan mengenai kesalahan untuk permohonan saya. Sebelum ini saya pernah lakukan permohonan yang menggunakan design yang sama yang mana ianya telah diluluskan dan ia cuma berbeza sedikit saja dengan permohonan baru, hanya tambah sedikit maklumat sahaja untuk permohonan kali ini. Berikut saya sertakan no sijil untuk permohonan yang telah dilulskan sebelum ini : DBPSB416328202240 . Pihak DBP boleh rujuk sijil tersebut dan lihat gambar yang telah saya sertakan

Kami telah menyemak permohonan yang telah diluluskan sebelum ini. Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Mohon kemas kini iklan puan dengan melampirkan kembali iklan  yang sama. Puan juga perlu memasukkan nombor iklan yang pernah diluluskan, iaitu 15346/2022 dalam “Maklumat tentang iklan” yang terdapat pada sistem DBP Sah Bahasa.

Lain-lain01.04.2022
Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke?

1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul)

2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada".  Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.)

Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2022
Saya mengambil ubat yang doktor beri saya. Saya mengambil ubat yang doktor berikan kepada saya. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Saya mengambil ubat yang doktor berikan untuk saya.”Tatabahasa28.11.2023
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungiBagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Lain-lain16.06.2023
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat yang manakah betul?

Kedua-dua cadangan ayat yang dinyatakan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa30.11.2022
Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Ayat ini betul ke?Ayat ini betul: Saya terlupa bahawa saya meletakkan beg saya di rumah. Tatabahasa09.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas