Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opposisitional riddlesteka-teki berbalas.KesusasteraanTiadaTeka-teki jenis ini mengandungi 3 unsur yang bertentangan iaitu: 1. Kontrodiksi yang berlawanan [antithetical contradictive]. Contoh: saya kasar, saya licin, saya basah, saya kering. Saya dipakai setiap orang? [lebuh raya]. 2.Kontradiksi yang mengurangi [privatational contradictive] Contoh : apa bendanya yang menjerit atau melaung tetapi tak boleh bercakap ? [kereta api]. 3. Kontradiksi yang menyebabkan [causal contradictive] . Contoh : apa yang menuju ke rumah tetapi tak meninggalkan jejak? [jalan]
sayaskirt sayaKesenianTiadaSkirt leret berwarna garang dipadankan dengan blaus kamisa. Pakaian wanita Filipina.
wakalah mutlaqahpewakilan mutlakPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa penuh kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan. Contohnya, A berkata kepada B "Saya mewakilkan awak supaya menjual tanah saya ini". B menjawab "Saya terima". Akad wakalah ini tidak menentukan harga dan cara pembayaran, tetapi terserah kepada budi bicara wakil untuk kebaikan pewakil. Mengikut pendapat jumhur ulama, wakil tidak boleh melaksanakan pewakilan yang diterima sekiranya menyalahi uruf setempat, sama ada dari segi harga atau cara pembayaran. Manakala mengikut pendapat Abu Hanifah, akad ini hendaklah dilaksanakan mengikut lafaz mutlak sekalipun boleh menyebabkan kerugian yang besar tanpa perlu merujuk kepada uruf setempat.
wakalah bi shartpewakilan bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan sebarang urusan, tertakluk kepada syarat tertentu. Contohnya, A berkata kepada B "Sekiranya saya pergi menunaikan haji pada tahun ini, maka saya akan melantik awak menjadi wakil saya dalam penjualan barangan ini". B menjawab: "Saya menerimanya". Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, wakalah bi shart diharuskan atas dasar keperluan. Mazhab Syafii mengatakan pewakilan adalah sah dan berkuat kuasa segera, walaupun pelaksanaan kerja akan tertakluk kepada syarat yang jelas. Contohnya, A berkata kepada B: "Mulai sekarang saya mewakilkan awak menjual tanah saya ini, tetapi bermula awal bulan hadapan". B menjawab: "Saya bersetuju". Walaupun bersyarat, pewakilan ini adalah sah dan berkuat kuasa segera.
wakalah munajjazahpewakilan berkuat kuasa segeraPerniagaan IslamTiadaAkad yang memberi kuasa kepada individu atau organisasi untuk menjalankan urusan yang berkuat kuasa segera. Contohnya, A berkata kepada B "Mulai sekarang, saya mewakilkan awak untuk menjual kereta saya ini". B menjawab "Saya bersetuju".
bai‘jual beliPerniagaan IslamTiadaProses memperoleh barangan dengan cara menyerahkan wang atau sesuatu harta yang lain sebagai balasan. Persetujuan boleh secara lafaz seperti ungkapan “Saya jual” dan “Saya beli” atau secara lazim yang menunjukkan berlakunya proses penukaran barangan. Bai‘ boleh berlaku dengan cara pertukaran produk dengan wang, produk dengan produk, jual beli mata wang berlainan jenis atau tempahan.
kafil/kfilpenjaminPerniagaan IslamTiadaPihak yang menjamin tanggungan pihak lain berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya, dalam kes hutang, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin" atau "Saya penjamin hutang ini".
inciqadakad termeteraiPerniagaan IslamTiadaPerihal mewujudkan akad atau tawaran dan penerimaan antara pihak berkontrak. Inciqad menyebabkan wujud pertukaran harta dan harga. Tindakan tawaran dan penerimaan biasanya berlaku dalam akad jual beli, sewa dan gadaian. Contohnya, “Saya jual kereta saya dengan harga RM50,000 tunai”, dan dijawab “Saya terima”.
i‘arahpeminjamanPerniagaan IslamTiadaProses pinjaman sesuatu barangan kekal seperti kenderaan dan peralatan yang boleh dinikmati faedahnya tanpa dikenakan bayaran. Contohnya, A mengatakan kepada B, “Pinjamkan kereta awak kepada saya”, lalu B menjawab: “Saya pinjamkan”.
ijabijab/tawaranPerniagaan IslamTiadaUngkapan pemilik produk yang bertujuan membentuk akad. Ijab boleh dilakukan melalui ucapan, tulisan, isyarat serta sebarang perbuatan mengikut uruf. Contohnya, penjual berkata "Saya jual produk ini dengan harga RM100", dan pembeli menjawab "Saya beli". Mengikut mazhab Hanafi, ijab boleh juga diucapkan oleh pembeli. Contohnya, pembeli berkata "Saya ingin membeli produk ini dengan harga RM90" dan penjual menjawab "Saya setuju menjualnya".
123456

Kembali ke atas