Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,

Puisi
 

Belayar dari Mengurung,
     Patah tiang layang-layangan;
Sudah mendapat bunga tempisung,
     Akan dibuang sayang-sayangan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Pengayuh sayang dibasahkan,
     sampan takkan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
egomaniaegomaniaKesenianDrama dan TeaterSifat atau perasaan watak dalam drama yang terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja. Drama Hang Jebat Menderhakakarya Ali Aziz menampilkan Jebat sebagai seorang egomania.
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

honeymoon phasefasa bulan maduKriminologiKeadilan JenayahFasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa.
ambivalenceambivalensJururawatKejururawatan Klinikal

 Kehadiran emosi yang bercanggah terhadap sesuatu objek. Sekiranya perasaan menjadi melampau akan menjurus kepada gangguan psikologi. Contohnya, benci dan sayang kepada se-seorang.

secondary reinforcerpeneguh keduaPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang akan meningkatkan kebarangkalian sesuatu respons diulangi kerana nilainya telah dilazimkan atau dipelajari. Contohnya, peneguh dalam bentuk wang, pujian, perhatian, anggukan atau persetujuan, kasih sayang dan harta kekayaan. Sesetengah peneguh ini bernilai kerana kaitannya dengan peneguh utama. Contohnya, anjing yang diberi makanan dan belaian setiap kali melakukan perkara yang dikehendaki akan melakukan perkara yang disuruh apabila diberi belaian.
self-esteempenghargaan kendiriPsikologiPsikologi UmumAnggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.
copy approachkaedah naskhahKomunikasiKorporatPendekatan penulisan dan persembahan mesej pengiklanan dalam media cetak atau elektronik. Strategi persembahan mesej bergantung pada jenis barangan, khalayak sasaran dan jenis kesan yang hendak ditinggalkan. Antara pendekatan persembahan yang biasa digunakan termasuklah pendekatan emosi, pendekatan fakta dan saintifik, dan pendekatan ugutan. Pendekatan persembahan mesej secara emosi melibatkan usaha menguasai perasaan khalayak seperti melalui perasaan simpati, kasih sayang, pujukan, kesedihan, dan penderitaan. Iklan jenis ini biasanya melibatkan kanak-kanak, ibu tunggal, orang tua, atau mangsa sesuatu kejadian sebagai alat untuk menguasai perasaan khalayak. Pendekatan persembahan mesej secara fakta memerlukan pengiklan menggunakan data saintifik untuk menyokong sesuatu dakwaan mengenai kehebatan sesuatu barangan yang diiklankan. Iklan jenis ini biasanya menggunakan keputusan kajian di makmal sebagai bahan untuk mendapatkan keyakinan khalayak. Sementara pendekatan ugutan memaparkan mesej yang memberi amaran kepada khalayak bahawa sekiranya tidak menggunakan barangan berkenaan, khalayak akan rugi sama ada dari segi kewangan, keselamatan, atau peluang. Iklan jenis ini biasanya menggunakan peraturan undang-undang atau kenyataan daripada pihak berkuasa untuk mendapatkan kepercayaan khalayak.

Kembali ke atas