Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yem.ba.ra] | سايمبارا

Definisi : pertandingan (perlumbaan, peraduan, dll) utk mendapat hadiah: “Desa Pingitan” menggondol hadiah kedua dlm ~ mencipta novel Dewan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sayembara (kata nama)
Bersinonim dengan pertandingan, peraduan, perlumbaan, perlawanan, musabaqah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud perkataan Sayembara?Sayembara ialah pertandingan (perlumbaan, peraduan, dll) untuk mendapat hadiah. Sila manfaatkan kemudahan yang disediakan www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan pelbagai maklumat, dan untuk penerangan lanjut tentang sayembara layari sayembara">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayembara.Makna06.01.2014
sayembara..?????/ cth ayat....plsSayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi.Makna09.11.2006
peranan sayembara dalam perkembangan sasteraUntuk membincangkan peranan sayembara dalam perkembangan sastera dalam ruang yang begini adalah mustahil, tetapi untuk membantu saudara, saya sarankan saudara membaca Majalah Dewan Sastera yang fokusnya adalah sayembara.  Ramai menulis tentang sayembara yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Dewan Sastera keluaran Mac ini.  Saudara juga mungkin boleh berkunjung ke DBP berjumpa dengan beberapa orang pegawai DBP yang mungkin boleh membincangkan perkara ini dengan saudara, antaranya Puan Zalila Sharif, Ketua Bahagian Pengembangan Sastera, Puan Izzah Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Sastera, Puan Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Kesusasteraan Moden.  Saudara juga boleh mendapatkan maklumat dari Pusat Dokumentas Melayu DBP.  Saudara juga boleh berkunjung ke GAPENA dan berbincang dengan beberapa orang tokoh sastera di sana.Lain-lain25.03.2008
Adakah perkataan sayembara itu hanya boleh digunakan untuk aktiviti sastera seperti puisi, sajak dsb. Selain daripada seperti sayembara sukan, nyanyian dsb adakah dibolehkan.Lazimnya sayembara dikaitkan dengan puisi dan sajak, manakala acara sukan dan nyanyian disebut pertandingan.Makna06.01.2014
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP?Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkanLain-lain17.12.2014
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan?

Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah.

Lain-lain21.06.2008
tarikh sayembara deklamasi puisi bulan kemerdekaan 2010 terutama bagi daerah lahad datuSoalan saudara diluar skop Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
aslamualaikum..saya ingin juga mendapatkan sebarang maklumat mengenai dengan sayembara puisi atau cerpen untuk memudahkan saya menyertainya terutama di sekitar Kota Kinabalu..

Puan Juliah,

Pada tahun ini DBP Cawangan Sabah tidak menganjurkan sayembara puisi atau cerpen. Selain dari DBP, persatuan penulis juga ada menganjurkan sayembara seumpama ini. Puan bolehlah menghubungi Yang Dipertua Badan BAHASA Sabah, Encik Jasni Matlani melalui nombor telefon 0168115593 atau Pengerusi Ikatan Penulis Sabah (IPS) melalui nombor telefon 0128330664.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain30.01.2009
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010?Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.  Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.02.2010
Assalamualaikum. Saya ingin menyertai sayembara pemulisan mastera tersebut tetapi e-mel yang diberi ibarat tak berfungsi kerana sistem beberapa kali gagal menerima penyertaan saya.Salam puan budiman,

Untuk makluman pihak puan, e-mel Mastera telah diaktifkan, dan pihak urus setia telah menerima beberapa penyertaan melalui e-mel mastera@dbp.gov.my,

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:Puan Roslida binti Mustapha melalui talian telefon: 03-2147 9126 

Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk makluman selanjutnya.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain01.01.2020
12345

Kembali ke atas