Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yung] | سايوڠ

Definisi : serong, rencong, tirus; ~ tirus tirus yg tidak sama; menyayung 1. memotong menyerong, me-rencong; 2. ki menyindir; jangan disindir jangan disayung jangan mengias (menyindir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yung] | سايوڠ

Definisi : serong sedikit potongannya dll; rencong: papan ~ papan yg dipotong sayung (rencong); tirus ~ tirus yg tidak sama. menyayung memotong serong; merencong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayung (adjektif)
Bersinonim dengan serong, rencong, tirus, senget, bengot, mencong, miring, pencong, mengsol, herot, genjang, condong, sadak;,
Kata Terbitan : menyayung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud tajuk drama Tiang Cengal dan Dinding Sayung' dalam genre komsas Tingkatan 5?

 

Saudara,

Drama "Tiang Cengal Dinding Sayung"  bertemakan tetang kasih sayang dan kesetiaan isteri kepada suami dan keluarga serta kepincangan sikap  anak-anak / generasi muda melaksanakan tanggunjawab terhadap ibu bapa.

untuk maklumat lanjut sila layari www.cemerlangbm.com

 

sekian, terima kasih.  

Sastera23.02.2011
Ejaan yang manakah betul? A) labu sayong B) labu sayung Terima kasih

Jawapan yang betul ialah labu sayong.

Lain-lain21.06.2010
Saya ada kemuskilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan untuk labu sayong. Adakah labu sayung perlu menggunakan penjodoh bilangan buah atau biji ?Penjodoh bilangan yang tepat ialah "sebuah labu sayong".Tatabahasa26.09.2014

Kembali ke atas