Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yur] | سايور

Definisi : 1. tumbuhan atau daun-daunan yg boleh dimakan (paku, sawi, dll): Din pergi ke pasar membeli ~; 2. masakan drpd sayur (daun-daunan, buah, dsb, biasanya diberi berkuah): kegemaran patik semua orang Melayu makan ~ kangkung; spt ~ dgn rumput prb hal keadaan yg tidak sama (banyak perbezaannya); menyayur 1. memasak sayur: Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan ~; 2. = menyayurkan memasak jadi sayur: Si Tanjung pun tidaklah lengah lagi menanak nasi dan ~ pucuk cemperai; disuruhnya sayurkan kang-kung itu; sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yur] | سايور

Definisi : 1 tumbuh-tumbuhan atau daun-daunan spt sawi (kangkung, bayam) yg boleh dimakan. 2 masakan drpd sayur 1 yg biasanya dibuat berkuah: ~ kangkung. menyayur memasak sayur: Ibu sedang menanak nasi dan ~. menyayurkan memasak sesuatu men­jadi sayur: ~ pucuk paku. sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayur

Puisi
 

Sayur ubi sayur keladi,
     Mari ramu punca kain;
Tuan berbini saya berlaki,
     Sama-sama mencari lain.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.

Bermaksud :

Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vegetable stockpati sayur; stok sayurPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
decorative vegetablesayur hiasLandskapTiadaSayur yang mempunyai ciri-ciri kecantikan dari segi bentuk, saiz dan warna. Contohnya, kobis hiasan dan cili hiasan. Sinonim sayur dekoratif.
roughagehampasanPerubatanTiadaBahan berserat yang terdiri daripada selulosa, yang terdapat pada kebanyakan sayur-sayuran, terutamanya sayur-sayuran hijau. Bahan yang pukal ini merangsangkan peristalsis usus supaya pelawasan berlaku dengan mudah.
preserved vegetablessayur jerukPentadbiran PerniagaanTiadaSayur-sayuran yang mengalami proses pengawetan.
fresh vegetablesayur segarPentadbiran PerniagaanTiadaSayur yang baru dipetik.
decorative vegetablesayur dekoratifLandskapTiadaLihat sayur hias.
frozen vegetablesayur sejuk bekuPentadbiran PerniagaanTiadaSayur yang disejukkan di dalam peti sejuk atau bilik sejuk supaya tetap segar dan tidak layu atau rosak.
mixed vegetablesayur campuranPentadbiran PerniagaanTiadaMasakan daripada beraneka jenis sayur-sayuran.
green grocerpenjual sayurPentadbiran PerniagaanTiadaPeruncit yang menjual sayur-sayuran segar.
green leafy vegetablesayur-sayuran daun hijauPentadbiran PerniagaanTiadaSayur yang berdaun hijau seperti bayam, sawi dan kangkong.
12345678910...

Kembali ke atas