Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yu.ran] | سايورن

Definisi : ber-macam-macam (berjenis-jenis) sayur: biarlah hamba randaukan dahulu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yu.ran] | سايورن

Definisi : bermacam-macam jenis sayur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza antara sayur mayur dengan sayur-sayuran? Adakah sayur-sayuran itu menunjukkan jenis sayur yang berbagai-bagai. sayur-mayur pula merupakan kata jamak bagi sejenis sayur?sayuran">Ketiga-tiga perkataan sayur-mayur, sayur-sayuran, sayuran mempunyai makna yang sama, iaitu bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur. Semuanya merujuk pada sayur yang pelbagai jenis bukannya sejenis sayur dalam kuantiti yang banyak (jamak). Sayur-sayuran ialah penggandaan separa kata nama berimbuhan manakala sayur-mayur ialah penggandaan yang melibatkan ciri persamaan pada bunyi vokal (ciri-ciri keharmonian vokal).Tatabahasa01.12.2014
Nama saya Afifah daripada thailand ingin mengsoalkan apakah makna sayuran TerimakasihMenurut data kami, maksud sayuran ialah bermacam-macam jenis sayur. Untuk maklumat lanjut, sila layari sayuran">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayuranMakna06.11.2015
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa?Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang.Tatabahasa14.02.2011
Pak Hasan berkebun sayur-sayuran di kebun sayur. Adakah ayat ini tepat?Ayat yang tepat dan gramatis ialah Pak Hasan berkebun di kebun sayur-sayuran.
Frasa keterangan di kebun sayur-sayuran sudah cukup untuk melengkapi frasa kerja berkebun.
Tatabahasa22.03.2018
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Sekiranya soalan tersebut dikemukakan dalam peperiksaan SPM, adakah kedua-dua jawapan di atas boleh diterima? terima kasihMerujuk Tatabahasa Dewan dan seperti yang dijelaskan dalam pertanyaan sebelum ini, kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa03.03.2011
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul?Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa14.02.2011
landskap sayur-sayuran (edible)landskap (edibel) Cadangan landskap herba dan sayur-sayuran (Ayat)Lain-lain18.04.2007
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Adakah kita boleh digunakan dalam konteks ayat perpaduan kaum? Adakah sayur-sayuran dan buah-buahan menanda bilangan jamak? Adakah 'banyak jenis sayur-sayuran' dan 'banyak jenis buah-bauahan' boleh diterima? Terima kasih.

Kita ialah kata ganti nama diri yang bercakap dan sekelian yang mendengarnya, oleh itu penggunaan perkataan tersebut dibenarkan asalakan merujuk makna yang tersebut.

Sayur-sayuran dan buah-buahan telah menunjukkan bermacam-macam jenis sayur dan buah yang ada dan telah membawa maksud jamak. Penggunaan yang tepat ialah banyak jenis sayur dan banyak jenis buah, sungguhpun begitu masih banyak yang menggunakan pelbagai jenis/banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan frasa ini menunjukkan penggunaan bahasa yang lewah atau pembaziran dalam penulisan . Oleh itu, saya mencadangkan saudara menggunakan frasa yang paling tepat, iaitu pelbagai/banyak jenis buah atau sayur.

Tatabahasa12.05.2010
Ibu Saiman membeli seikat sayur-sayuran dari pasar. ( betul / salah ) Ibu Saiman membeli sebakul sayur-sayuran dari pasar.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh ceria selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh gembira selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Keluarga saya makan angin di Planetarium Negara pada minggu lepas. ( betul / salah )

Ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, seikat lebih tepat kerana ia  boleh digunakan untuk merujuk kuantiti yang sedikit. Dalam ayat kedua, dalam konteks wajah, ceria dan gembira boleh digunakan. Ayat ketiga juga betul, namun dalam konteks ini, lebih tepat menggunakan perkataan melawat kerana peribahasa makan angin digunakan untuk suasana yang santai. 

Tatabahasa02.09.2010
123456789

Kembali ke atas