Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi selenium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. satu, esa, tunggal; 2. awalan yg bermaksud satu: ~buah, ~hari, ~kali, ~belas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. awalan yg bermaksud sama (serupa): ~-begitu; ~kuat; ~pandai; ~tinggi; 2. awalan yg bermaksud seluruh (segenap): ~lama; ~panjang; ~kitar; 3. awalan yg bermaksud sedari (dari): ~mula; 4. awalan yg bermaksud lepas, sudah, telah: ~habis; ~sudah; 5. awalan yg bermaksud hingga (sampai): ~cukup; ~hingga; ~lanjut; ~takat; 6. awalan yg bermaksud dengan: ~benarnya; ~ patutnya; ~sungguhnya; ~wajarnya; 7. awalan yg ber-maksud berapa mungkin: ~boleh-bolehnya; ~dapat-dapatnya; 8. awalan yg bermaksud kian (bertambah): ~makin; 9. awalan yg bermaksud kalau (bila): ~andainya; ~kira-nya; 10. awalan yg bermaksud yang: ~lain; ~nya adapun: ~nya baik dan jahat itu drpd engkau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata se


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQTanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu.Tatabahasa15.08.2007
Imbuhan se-an wujud atau tidak... saya cari dalam tatabahasa dewan tiada imbuhan se-an.. cuma ada se- sekianAwalan "se- an" tidak ada dalam bahasa Melayu. Awalan "se" wujud dalam bahasa Melayu. Contohnya: secantik, sebaya dan setebal.Tatabahasa14.01.2017
Salam, Bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah pa.ip; se.lu.ar; se.o.rang; ber.a.da; ke.a.da.an; dan mem.pu.nya.i. Pecahan ini berdasarkan kaedah pemenggalan suku kata ejaan dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi.Tatabahasa11.05.2012
Salam, bagaimanakah menentukan pecahan suku kata berikut: 1. paip - pa/ip atau paip? 2. seluar - se/luar atau se/lu/ar? 3. seorang - se/o/rang atau seo/rang? 4. berada - ber/a/da atau be/ra/da? 5. keadaan - ke/a/da/an atau kea/daan atau ke/a/daan? 6. mempunyai - mem/pu/nyai atau mem/pu/nya/i? Boleh tolong huraikan kenapa berlaku pecahan sebegitu? Terima kasih!Pecahan suku kata yang betul ialah:
1. [paip]
2. [se.luar]
3. [se.0.rang]
4. [be.ra.da] / [ber.a.da]
5. [ke.a.da.an]
6. [mem.pu.nya.i]
Tokoh24.05.2012
semalaysia betulkah?Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu.Ejaan21.06.2010
suku kata bagi SEBUAH ialah se/bu/ah atau se/buah?Suku kata bagi sebuah ialah se-buah.Lain-lain14.01.2011
Apakah cara sebutan yang betul bagi penyakit seliak (Celiac disease)? Adakah se.liak atau sé.liak? Atau adakah nama lain bagi penyakit dalam BM?Cara sebutan seliak ialah se.li.yakLain-lain30.08.2021
Salam sejahtera. Adakah kata "semakin" dikira sebagai imbuhan bagi kata "makin"? Sekian, terima kasih.Semakin ialah kata adjektif. Awalan se- juga dapat digunakan bagi menerbitkan kata adjektif apabila bergabung dengan kata dasar untuk membawa pengertian sama. Contohnya:

se+tinggi = setinggi
se+besar = sebesar
se+pandai = sepandai
Tatabahasa19.04.2022
Pihak kami sedang dalam proses mendaftarkan persatuan baru dengan nama “ Persatuan Kontraktor Gas Se Malaysia” dengan ROS/Pendaftar Pertubuhan. Soalan: Adakah perkataan “Se” perlu bergabung dengan perkataan Malaysia atau berasing menjadi “Se Malaysia” ? Sekian. Terima KasihEjaan yang betul ialah "Se-Malaysia". Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Ejaan27.04.2023
Assalamualaikum, apakah istilah bahasa Melayu untuk frasa "actionable per se" dan "contractual entrants". Terima kasihWaalaikumsalam,

Saudara, pihak kami mencadangkan istilah bagi frasa "actionable per se" ialah perbuatan per se manakala  "contractual entrants" pula ialah peserta berkontrak

Terima kasih.
Istilah28.06.2020
12345678910...

Kembali ke atas