Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , andaikan misal­nya, katakanlah, sekiranya, seumpamanya, andai kata: ~ engkau tidak berhenti dulu, tentu pangkat sudah naik sekarang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , andai kata misalnya; umpamanya: ~ engkau gagal, apa rancangan engkau? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seandainya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain?Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan.Lain-lain14.08.2010
Seandainya - perkataan ini boleh digunakan di tengah ayat seperti berikut? Perlawanan bola sepak akan ditangguhkan seandainya hujan yang turun dengan lebat itu tidak berhenti lima minit dari sekarang

Boleh digunakan pada pertengahan ayat tetapi lazimnya kata seandainya/sekiranya digunakan pada pangkal ayat.

Tatabahasa07.10.2011
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah.Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
Saya ingin bertanya tentang kursus diploma lingustik atau seandainya di dewan bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengendalikan kursus Diploma Linguistik. Sdr. boleh mendapat maklumat tentang perkara ini daripada universiti awam di negara ini seperti Um, UKM, UPM dsb..Lain-lain05.09.2007
Saudara, Apakah gunanya diwujudkan ruang Khidmat Nasihat DBP ini seandainya soalan-soalan yang dikemukakan tidak pun dijawab? Saya berasa amat kesal.

Khidmat Nasihat DBP merupakan salah satu saluran untuk membantu pelanggan dalam hal kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Jawapan yang kami berikan berdasarkan maklumat dalam sumber rujukan kami. Sebagai pengguna bahasa kita boleh merujuk sumber primer dan sekunder termasuk institusi lain seperti ITNM, pusat bahasa di IPTA, pakar bahasa selain buku tatabahasa.  

Lain-lain18.04.2012
Mengikut penerangan Tatabahasa Dewan imbuhan awalan ,, ter,, boleh bentuk kata kerja transitif . Persoalannya ialah seandainya ini terjadi ,maka kata kerja itu boleh dipasifkan. justeru ayat seperti ini ( Adik termakan lauk yang pedas itu ) boleh dipasifkan seperti berikut :( lauk yang pedas itu dimakan oleh adik ) atau ( lauk yang pedas itu termakan oleh adik) KERANA ANTARA TANDA UNTUK MENGENAL KATA KERJA TANSITIF IALAH AYAT ITU BOLEH DIPASIFKAN! ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, SOALAN SAYA IALAH , betulkah pemahaman saya seperti ini??????????????? TOLONG BERIKAN PENJELASAN YANG PANJANG DAN DENGAN CONTOH !

Saudara Wan,

Bentuk pasif ayat ' Adik termakan lauk yang pedas itu' ialah ' Lauk yang pedas itu termakan oleh adik'.  Imbuhan 'ter' pada perkataan makan bermaksud mampu /berupaya makan. Perkataan lauk ialah objek bagi kata kerja termakan.  

Tatabahasa21.06.2009
Ingn tahu peranan DBP untuk mengatasi penggunaan bahasa SMS yang kian berluasa penggunaannya dikalangan masyarakat. Bagimanakah seandainya penggunaan bahasa SMS tidak dapat di kawal.

Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur campuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP telah mengusahakan buku Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Sdr. boleh membuat rujukan Panduan Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahasa Melayu di laman web ini http://www.dbp.gov.my/khidmatsms.pdf.

Selain itu juga, bagi membantu sdr. menyelesaikan persoalan ini, sdr. bolehlah mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Untuk makluman, keahlian Rakan Dewan  terbuka kepada individu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Keterangan tentang Rakan Dewan dan borang keahlian boleh didapati di laman DBP di bawah menu Perkhidmatan. Sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 sekiranya sdr. memerlukan maklumat  lanjut. 

Lain-lain13.07.2010
Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih diatas maklumbalas menegenai penyertaan saya dalam sayembara 2005. Saya ingin bertanya, seandainya karya yang saya hantar tidak memenangi sayembara, adakah saya masih boleh menghantar hasil tersebut ke mana-mana pertandingan atau sayembara setelah saya membuat pembaharuan dan penambahbaikkan?

Saudara boleh menghantar karya saudara ke mana-mana pihak yang saudara inginkan, sama ada untuk menyertai sayembara atau peraduan lain, atau untuk diterbitkan, kerana pihak DBP tidak mengikat apa-apa perjanjian dengan saudara dan tidak memegang sebarang atas karya yang tidak memenangi sebarang hadiah.

Lain-lain21.06.2008
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH.Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan.  Ejaan24.10.2008
Apakah aspek yang boleh kita sentuh untuk menjawab soalan bagaimana coaching and mentoring membantu memberi kesan yang baik kepada sesebuah organisasi. Baik seandainya pihak tuan dapat memberikan contoh-contoh sekali. Terima kasih.Padanan istilah bagi "coaching" dan "mentoring"  ialah kejurulatihan dan pementoran, iaitu suatu konsep pemantauan daripada pihak atasan/pengurusan terhadap pekerja bawahan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk buku-buku yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang istilah atau pun menghubungi badan kaunseling institusi berkaitan.Lain-lain25.03.2010
123

Kembali ke atas