Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.an.té.ro] | سأنتيرو

Definisi : seluruh, segenap: ~ dunia (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seantero


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, bolehkah tanya (seantero masyarakat) boleh digunakan?Seantero bermaksud seluruh, namun lazimnya kita menggunakan frasa seluruh masyarakat bukan seantero masyarakat. Seantero dunia ialah perkataan yang lazim ditemukan dalam pelbagai wacana.Tatabahasa30.09.2013
Salam, saya nak tanya tentang visi ini "SK Sibu Laut Gemilang Terbilang seantero aspek pendidikan" betul atau tidak penggunaan perkataan seantero digunakan pada ayat ini? adakah maksudnya perkataan tersebut tidak salah?Seantero bermaksud seluruh atau segenap. Pada pandangan kami isunya di sini bukanlah perkataan seantero tetapi frasa seantero aspek pendidikan. Pendidikan bermaksud perihal mendidik apabila di digabungkan perkataan seantero aspek pendidikan bermaksud segenap hal mendidik. Oleh itu, kami cadangkan tuan mencari perkataan lain yang sesuai digandingkan perkataan seantero seperti seantero Sibu.Tatabahasa05.01.2013
Salam sejahtera,adakah "seantero jagatraya" betul dari segi tatabahasa? Bukankah perkataan jagatraya sudah merangkumi maksud seluruh(seantero)?Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "seantero" ialah seluruh atau segenap manakala "jagatraya" bermaksud seluruh dunia. Maka cukup sekadar jagatraya jika konteks ayat yang ingin digunakan merujuk kepada seluruh dunia.Tatabahasa21.03.2023
saya telah mencari maksud bg saentero namun tidak memperolehi jwpn, walaupun digunakan dalam penyiaran. adakah wujud penggunaan ayat 'saentero'. adakah ayat ini boleh digunakan dalam 'saentero dunia'?Ejaan yang betul bagi perkataan saentero ialah seantero. Kata dasar bagi seantero ialah antero yang membawa maksud seluruh, segenap. Ia berasal daripada bahasa Portugis dan ia boleh digunakan untuk menyatakan berkenaan dunia, seperti seantero dunia (seluruh dunia).Makna07.12.2006
Salam sejahtera. Samakah maksud seantero dunia dengan tersohor. Sekian.Seantero bermaksud seluruh dunia, manakala tersohor pula bermaksud termasyhur.Lain-lain07.08.2016
apakah yang dimaksudkan dengan seantero?Maknanya ialah seluruh, segenap. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.10.2008
Apakah perbezaan antara semua, seluruh, segala dengan setiap?

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempunyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Tatabahasa04.03.2014
ADAKAH "SELURUH PENDUDUK " TEPAT PENGGUNAANNYA? KALAU TEPAT PENGGUNAAN, KENAPA SELURUH MURID TIDAK BOLEH DITERIMA? MENGIKUT APA YANG SAYA TAHU, SEMUA MURID YANG BETUL PENGGUNAAN. TERIMA KASIH ATAS JAWAPANSeluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Frasa semua penduduk lebih tepat berbanding daripada frasa seluruh penduduk.

Tatabahasa23.07.2013
_____barang di pasar raya dijual dengan harga tetap. a. Setiap b. Semua adakah kedua-dua diterima sebagai jawapan? Tolong berikan penjelasan.

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Berdasarkan takrifan tersebut, kedua-dua diterima sebagai jawapan.

Tatabahasa17.04.2014
Apakah perbezaan antara kata bilangan' semua' 'seluruh' dan 'segala' dari penggunaannya. minta tuan berikan contoh ayat bagi setiap kata bilangan tersebut. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan, semua bermaksud sekalian, segala, segenap, setiap, seluruh. Seluruh bermaksud segenap, seantero, semuanya. Segala bermaksud semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh. Walaupun ketiga-tiga kata bilangan ini mempuyai maksud yang sama, kesesuaian penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

1. Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok.

2. Pekeliling itu sudah diedarkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah di seluruh negara.

3. Segala persiapan telah dibuat untuk majlis itu.

Makna06.04.2011
12

Kembali ke atas