Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.an.té.ro] | سأنتيرو

Definisi : seluruh, segenap: ~ dunia (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seantero


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Pan-AmericanSeantero AmerikaSejarahTiadaTiada
Organization of American States (OAS);Pertubuhan Negara-Negara AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1948 di Bogota, Colombia melalui perjanjian bersama oleh Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Haiti, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela. Selepas itu, terdapat 17 negara lagi yang menyertai pertubuhan ini. Pertubuhan ini juga merupakan agensi serantau yang bekerjasama dengan PBB untuk memajukan usaha keamanan, keadilan dan perpaduan negara anggota bagi meningkatkan kemajuan ekonomi serta mempertahankan kedaulatan dan integriti kewilayahan negara anggota. Badan sekretariat organisasi tersebut ialah Kesatuan Seantero Amerika yang terletak di Washington. Pertubuhan ini telah berulang-kali menentang sebarang campur tangan unilateral dalam hal ehwal negara anggotanya. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini telah meluluskan campur tangan Amerika Syarikat di Republik Dominican semasa perang saudara di negara tersebut pada tahun 1965, tetapi tidak membenarkan campur tangan Amerika Syarikat semasa berlaku revolusi di Nicaragua pada tahun 1979. Antara konflik yang telah diuruskan oleh organisasi ini adalah antara Costa Rica dengan Nicaragua (1948, 1949 dan 1955), antara diktator Dominic, Rafael trujillo Molina dengan Haiti, Cuba, Guatemala, dan Venezuela (1949, 1950 dan 1960), konflik Amerika Syarikat- Panama berikutan pelibatan diktator Manuel Antonio Noriega dalam perdagangan dadah (1988 - 1989) dan penggulingan Presiden Jean Bertrand Aristide di Haiti (1991 - 1992). Masalah pernah berlaku dalam hubungan organisasi ini dengan Cuba selepas revolusi Cuba tahun 1959. Pada tahun 1962, Cuba telah dikeluarkan daripada keanggotaan pertubuhan tersebut kerana tuduhan subversif. Pemboikotan perdagangan dikenakan ke atas Cuba pada tahun 1964, tetapi kebanyakan negara anggota pertubuhan tersebut telah mengadakan semula hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Cuba pada tahun 1990-an. Sinonim OAS.

Kembali ke atas