Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séba) Jw; berseba sl sedang menghadap (raja di balai); menyeba sl mengadap (raja di balai); ® peseban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seba

Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sprinkling planpelan renjisanLandskapTiadaLakaran yang menunjukkan seba ran air percikan daripada sistem renjisan yang digunakan.
saw-duangsaw-duangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan seba­gai kordofon yang digesek. Saw-duang mempunyai dua tali dan badannya berbentuk silinder yang diperbuat daripada kayu. Muka belakangnya dibiarkan terbuka sementara muka hadapannya ditutup dengan kulit ular. Sebatang leher yang panjang melalui badannya dan dilekatkan pada sekeping kayu pada bahagian bawah badan.

gagakugagakuMuzikTiadaEnsembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali seba­gai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud mu­zik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga koma­gaku, togaku.
phin nam taophin nam taoMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter batang. Alat muzik ini terdiri daripada sebatang kayu dan seutas tali yang dipasang pada batang tersebut. Talinya dipetik atau dipukul. Phin nam tao yang terdapat di Thailand ini mengiringi lagu vokal Thai.

modulationmodulasiMuzikTiada

 Proses perubahan tonaliti atau kunci sesuatu bahagian muzik. Proses ini boleh berlaku di mana-mana sahaja atau di sebarang bahagian dalam sesuatu gubahan muzik. Tonaliti sesuatu muzik boleh berubah dari major ke minor atau dari satu kunci ke kunci lain yang berbeza. Contohnya, modulasi dari kunci C major ke A minor.

pupuikpupuikMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip yang berid. Pupuik terdiri daripada paip yang mempunyai empat lubang jari dan sekeping rid yang terkandung di dalam paip tersebut. Pada hujung paip alat muzik ini dipasang sehelai daun kelapa yang digulung dalam bentuk kon yang dikenali sebagai pupuik gadang manakala dalam bentuk kon tanduk kerbau, dikenali seba­gai pupuik tanduk. Bahagian kon tersebut berfungsi sebagai alat bergaung untuk menguatkan bunyi. Alat muzik yang di­tiup pada pangkal ini menghasilkan melodi dalam ensembel caklempong. Pupuik yang terdapat di Sumatera, Indonesia dan di Negeri Sembilan, Malaysia, dimainkan oleh suku kaum Minangkabau.

peruncungperuncungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Peruncung terdiri daripada beberapa batang buluh yang bersenggat. Buluh dipegang oleh seorang pemain dan dipukul dengan pemukul kayu yang akan menghasilkan rentak tersendiri. Beberapa orang pemain memukul buluh masing-masing untuk menghasilkan melodi dan rentak terhasil. Peruncung dimainkan di kawasan padi bukit dan di desa untuk mengajuk muzik yang dimainkan oleh ensembel gong besar. Alat muzik yang dimainkan oleh suku kaum Bidayuh di Sarawak ini juga terdapat di seluruh Asia Tenggara. Alat muzik ini dikenali juga seba­gai keruncung.

san xiansan xianMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya kecil atau sederhana, berleher panjang tanpa fret dan mempunyai tiga utas tali yang dipetik. San xian terdapat di China dalam tradisi muzik rakyat dan klasik. Alat muzik ini dimainkan dalam orkestra Cina moden yang dikenali sebagai huayue tuan. Alat muzik ini juga dimainkan seba­gai alat muzik solo untuk mengiringi penceritaan dalam opera Cina.


Kembali ke atas