Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bab] | سبب

Definisi : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula: doktor dapat mencari ~ penyakit itu; ia dipecat ~ malas; oleh ~ kerana; ~-musabab berbagai-bagai sebab; bersebab ada sebabnya (alasan mulanya): sakit bermula mati ~; polis tidak ada kuasa utk menangkap orang dgn tidak ~; menyebabkan menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; tersebab disebabkan oleh, terjadi kerana: kuakui bahawa segala kesalahan tidak ~ oleh orang lain; penyebab 1. orang (pihak dsb) yg menjadi sebab atau punca kpd sesuatu (kejadian, peristiwa, perbuatan, dll); 2. sesuatu (spt penyakit, bencana alam, dll) yg menjadi sebab kpd sesuatu: dia tidak menyangka tindakan-nya yg menurut hati itu menjadi ~ dirinya tersadai dlm kancah kehinaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bab] | سبب

Definisi : 1 apa-apa yg mengakibatkan se­suatu; asal mula: Mereka sedang memikirkan ~ utama perkara itu berlaku. 2 kerana; lantaran: Dia sakit perut ~ terlalu banyak makan buah mempelam muda. bersebab ada sebabnya: Jika tidak ~, kenapa engkau menangis? menyebabkan mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? penyebab sesuatu atau seseorang yg menyebabkan ber­lakunya sesuatu: Ini akan meng­akibatkan kemusnahan kpd manusia yg juga me­rupakan ~ pencemaran itu. Kerosakan tisu merupakan ~ utama gejala penyakit dlm jangkitan virus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab

Puisi
 

Sebab bulan terbit pagi,
     Bunga pandan dalam cerana;
Sebab intan datang ke mari,
     Nampak berlain dalam bunga.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
أسباب الإرثsebab pewarisan/sebab pusakaAgama IslamFiqhSebab-sebab yang membolehkan seseorang menerima harta peninggalan si mati (pusaka) iaitu qarabat (hubungan kerabat), perkahwinan dan merdeka.
أسباب الشرعىsebab syar‘iyAgama IslamFiqhSebab-sebab yang menentukan kedudukan hukum syarak ke atas sesuatu perkara. Contohnya, wajib sembahyang disebabkan masuk waktu.
terminationpenamatanEkonomiTiadaPemberhentian kerja atas sebab-sebab selain daripada salah laku, misalnya tamat kontrak perkhidmatan, selalunya dengan notis dan ganjaran.
rapturepuncak riaKesusasteraanTiadaRasa sangat gembira kerana sebab-sebab tertentu.
reasoningtaakulanSejarahTiadaPerihal menaakulkan sesuatu hal berasaskan kepada sebab-sebab atau alasan yang ada.
absolute ratekadar mutlakPentadbiran PerniagaanTiadaTanpa bersandarkan kepada sebab-sebab pengurangan lain.
forfeitedmenang percumaSukanTiadaKemenangan diberikan kepada pihak lawan akibat sebab-sebab tertentu.
biogeographybiogeografiBiologiEkologiKajian taburan geografi tumbuhan dan haiwan, dan sebab-sebab terbentuknya taburan.
conceptual modelsmodel konseptualPendidikanTiada

 Rangka pemikiran yang menjelaskan sebab-sebab sesuatu tingkah laku timbul serta menyediakan pendekatan untuk mengenal pasti dan merawat gangguan tingkah laku.

suspension of servicepenggantungan perkhidmatanPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan pos yang ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu seperti banjir, nahas kereta api dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas