Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut pusatcentral angleSudut dengan pusat suatu bulatan sebagai bucu dan dua jejari sebagai lengan. Lihat ContohMenengah Rendah
depositdepositSejumlah wang yang diberikan sebagai bayaran permulaan ke atas pembelian barang atau harta. Deposit dikenali juga sebagai cengkeram atau wang pendahuluan.Sekolah Rendah
satu perempatone quarter/one over fourSatu bahagian daripada empat bahagian yang sama besar. Satu perempat ditulis sebagai . Satu perempat dikenali juga sebagai suku. Lihat ContohSekolah Rendah
satu perduaone half/one over twoSatu bahagian daripada dua bahagian yang sama besar. Satu perdua ditulis sebagai . Satu perdua dikenali juga sebagai setengah atau separuh. Lihat ContohSekolah Rendah
pemilihan rawakrandom selectionKaedah pemilihan yang membolehkan setiap ahli dalam suatu populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Kaedah ini dikenali juga sebagai pensampelan rawak.Menengah Atas
unitunitKuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim.Menengah Rendah
tapakbaseSisi atau muka yang digunakan sebagai rujukan untuk tinggi atau altitud sesuatu bentuk geometri. Lihat ContohMenengah Rendah
unit ukuranunit of measurementKuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim.Menengah Atas
fungsi trigonometritrigonometric functionFungsi yang nilainya ditakrif sebagai nisbah antara sisi dalam segi tiga bersudut tegak. Terdapat 6 jenis fungsi trigonometri, iaitu sinus, kosinus, tangen, kotangen, sekan dan kosekan. Lihat ContohMenengah Atas
sukuanquadrant1. Suku sesuatu bulatan, sama ada sebagai lengkung ataupun kawasan. 2. Salah satu bahagian apabila satah dibahagikan kepada empat bahagian dengan sepasang paksi koordinat. Lihat ContohMenengah Rendah
123456

Kembali ke atas