Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya kerap menggunakan Khidmat Nasihat didalam web ini sebagai panduan sendiri. Saya ingin mencadangkan setiap khidmat nasihat diletakan tanda suka (like) sebagai penghargaan kami sebagai pelanggan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada team tuan sebagai pakar rujuk saya. Terima kasih.Kami mengambil maklum cadangan yang diberikan dan akan menambah baik sistem kami dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, bagi memberikan maklum balas tentang perkhidmatan kami buat masa ini, puan boleh berbuat demikian dengan memberikan Maklum Balas Pelanggan sama ada perkhidmatan kami "Memuaskan" atau "Tidak Memuaskan" pada paparan "Menu Utama". Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan.Lain-lain15.03.2024
Pemelik ini Ada la sebagai hacker pehak nasihat sebagai sualan apa kah kerjadian berlaku atas nasihat sebagai sarikat awam atau kerjan bukan kerja sama menjadi Seikor ular sawah hobogi sarikat buat kerja sama atau benar benar berlaku negara Malaysia ini Ada la hantara bahasa melayu asli kalah Kata kamu tak faham bahasa boleh jadi berlaku besar dalam negara ni first and last warning be carefullySoalan tuan bukan soalan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sekiranya tuan mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan ejaan, makna kata, tatabahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sila nyatakan soalan tuan dengan jelas untuk kami bantu.Lain-lain20.02.2024
fungsi kata sifat sebagai penerang dalam bahasa melayu

1.    1.    Kata sifat berfungsi sebagai penerang kata nama atau penerang kepada kata kerja. Kata sifat yang berfungsi sebagai penerang sama ada sebagai penerang nama atau penerang kerja lazimnya hadir selepas kata nama inti atau selepas kata kerja inti, kecuali kata sifat dalam subgolongan kecepatan atau kuantiti (contohnya, cepat menangis, kuat beribadah) yang hanya boleh hadir sebelum kata kerja inti apabila berfungsi sebagai penerang.

2.   Seterusnya, kata sifat juga berfungsi sebagai penerang kerja dengan kata sifat yang berfungsi sebagai predikat. Contohnya, 

Ayat 1-Beliau/cepat menangis apabila tinggi sahaja suara bapanya.

Ayat 2-Beliau/kuat beribadah dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam dengan penuh keyakinan.

Berdasarkan kepada ayat (1) dan (2) di atas, kata sifat cepat dan kuat hadir dalam predikat. Walau bagaimanapun dalam ayat ini, kata sifat berfungsi sebagai penerang dan tidak sebagai predikat kerana kata sifat tersebut boleh digugurkan, manakala kata kerja yang bertindak sebagai kata inti tidak boleh digugurkan.

Terdapat beberapa lagi maklumat berkenaan fungsi kata sifat sebagai penerang. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan atau  rujukan kajian linguistik lain yang lebih terperinci berkenaan persoalan ini.

 

Tatabahasa12.12.2020
tuan/puan, saya mahu tanya, sebagai contoh, contohnya, atau sebagai contohnya, mana satu betul dan tepat? Penggunaannya di depan ayat. terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.Frasa yang betul ialah "sebagai contoh" dan "contohnya". Tatabahasa22.05.2023
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih.

Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.

Tatabahasa05.01.2024
"Sebagai mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan ..." - adakah penggunaan "sebagai" gramatis dalam penggulungan syarahan? "Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya ingin tegaskan sekali lagi ... " Didahului dengan ucapan terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, salah satu maksud "sebagai" ialah "untuk" dan "bagi". Oleh itu, perkataan "sebagai" boleh digunakan dalam ayat di atas.Tatabahasa21.05.2022
Soalan saya berkenaan perkataan "debut" dalam pangkalan data Bahasa Melayu. Adakah ia boleh digunakan sebagai kata kerja dan kata nama? Contoh ayat: - Maaf, saya akan debut dahulu. (Debut sebagai kata kerja) - Penyanyi itu mempunyai rekod jualan album debut yang tertinggi. (Debut sebagai kata nama).Debut boleh digunakan sebagai kata nama dan kata kerja bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. Kata ini telah terakam dalam kamus terbitan DBP yang terkini. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 494) yang merakamkan kata tersebut berserta kata terbitannya, maklumat lain seperti ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata, label laras bahasa, pecahan makna dan contoh penggunaannya.Makna27.06.2023
1. Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'claimable'. Contoh: HRDF Malaysia Claimable. Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia'? 2. Bolehkah saya menterjemahkan 'Freight Transportation' sebagai 'Pengangkutan Barang Muatan'?HRDF Malaysia Claimable boleh diterjemahkan sebagai Boleh Tuntut Dana HRDF Malaysia.
Freight transportation boleh diterjemahkan sebagai pengangkutan barangan muatan atau pengangkutan barangan angkut.
Makna25.09.2021
Tuan, yang manakah ayat adalah betul? Bapa saya bekerja sebagai polis atau Bapa saya bekerja sebagai seorang polis? Bolehkah tuan memberikan penjelasan tentang tatabahasa ini. Terima kasih. Ayat yang betul ialah “Bapa saya bekerja sebagai polis.” Ayat ini merupakan pola ayat dasar: Subjek (FN) + Predikat (FK). 

Tatabahasa04.05.2022
Manakah antara berikut adalah betul? A. Sebagai eksekutif sumber manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawak kontrak perkhidmatan. B. Sebagai Eksekutif Sumber Manusia, nasihatkan Faridah mengenai terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan.Ayat yang betul ialah 'Sebagai Eksekutif Sumber Manusia,  Faridah diberikan maklumat tentang terma dan syarat kontrak perkhidmatan'.Tatabahasa21.06.2023
12345678910...

Kembali ke atas