Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.gai] | سباݢاي

Definisi : 1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebagai

Puisi
 

Air pasang di Sungai Muar,
     Burung gagak di pohon beringin;
Adik seorang sebagai penawar,
     Hati tidak kepada yang lain.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(68)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common fractionpecahan sepunyaMatematikTiadaNombor yang ditulis sebagai hasil bahagi, iaitu sebagai satu nombor dibahagi dengan yang lain.
dwelling houserumah kediamanSosiologiTiadaRumah yang digunakan sebagai tempat kediaman, bukan sebagai pejabat, kedai dan lain.
formalinformalinPerubatanTiadaLarutan akueus yang terdiri daripada 37-50% formaldehid dan 15% metil alkohol sebagai penstabil, dan digunakan sebagai bahan penyahjangkit dan bahan pengawet.
china claykaolinGeologiTiadaTanah liat halus dan biasanya berwarna putih yang digunakan untuk membuat seramik dan refraktori, sebagai penyerap, dan sebagai bahan tampalan atau sambungan.
kainitekainitGeologiTiadaMineral monoklinik berwarna putih kelabu, merah jambu, atau hitam yang terdapat dalam bentuk jisim berbutir tak sekata; digunakan sebagai baja dan sebagai sumber sebatian magnesium dan kalium.
lagkau (Du.)lagkau (Du.)KesenianTiadaBahagian tapak anyaman tiga dimensi berupa bilah buluh, rotan atau kayu yang dipasang pada bahagian pinggir tapak anyaman sebagai pengukuh atau sebagai kaki anyaman.
philosophyfalsafahKesusasteraanTiadaPengetahuan tentang pengertian-pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar ilmu-ilmu lain.
demonstrative adjectivekata sifat penunjukLinguistikTiadaKata yang berfungsi sebagai kata sifat yang digunakan sebagai penentu kata nama. Contohnya, itu dan ini dalam bahasa Melayu, dan these dan those dalam bahasa Inggeris.
bulwark stanchionjerjak biraiSukanTiadaPalang-palang besi pada birai sebagai pengukuh birai dan juga sebagai penghalang kargo atau peralatan dari jatuh ke laut.
chloraloseChloralosePerubatanTiadaSebatian kloral dan glukosa yang digunakan sebagai bahan anestetik untuk haiwan makmal, dan sebagai racun tikus.
12345678910...

Kembali ke atas