Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bai/] | سباءيق

Definisi : 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaik

Puisi
 

Dari Bau jalan ke Miri,
     Sambil menumpang kereta api;
Mana saya tahu main tak jadi,
     Sebaik hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi teduh lagi berkajang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forgettingkelupaanPsikologiPsikologi UmumKegagalan untuk menjejak sesuatu maklumat yang tersimpan dalam ingatan. Kebanyakan maklumat akan dilupai sebaik sahaja dipelajari. Menurut kenyataan Ebbinghaus yang memplotkan graf kelupaan, sesuatu kelupaan maklumat boleh berlaku sebaik sahaja individu itu menerimanya. Walau bagaimanapun, kadar kelupaan ini akan berkurangan sehingga selepas satu tempoh, misalnya 9 jam. Selepas tempoh tersebut, ingatannya akan stabil dan kekal dalam masa yang agak lama. Sekiranya maklumat yang diperoleh individu berkait dengan maklumat yang tersimpan, maklumat itu akan sukar untuk dilupakan.
presystoleprasistoleBiologiFisiologiSelang masa sebaik sahaja sebelum sistole.
lysoclinelisoklinGeologiTiadaAras atau kedalaman laut sebaik sahaja kadar pelarutan kalsium karbonat melebihi gabungan kadar pemendapan dan kerpasannya.
primary dentinedentin primerPerubatanTiadaDentin yang terbentuk sebaik sahaja selepas germa gigi terposisi di posisi anatominya.
daily printtera harianKomunikasiTiadaProses mencuci filem sebaik sahaja selepas penggambaran pada hari berkenaan tamat. Tujuannya ialah untuk meneliti kelemahan atau kekuatan tangkapan yang telah dilakukan. Biasanya, set penggambaran tidak akan dirobohkan selagi tangkapan yang dilakukan tidak memuaskan pengarah.
hunter's moonbulan buruMatematikTiadaBulan penuh sebaik-baik sahaja selepas bulan panen, biasanya pada bulan Oktober, dan di hemisfera selatan.
bleedsalir darahPerikananTiadaProses membuang darah ikan sebaik sahaja ikan dipancing dengan memotong bahagian atas belakang kepala ikan. Proses ini menghalang ikan daripada cepat busuk.
reactance relaygeganti reganganKejuruteraanTiadaGeganti galangan yang beroperasi sebaik-baik sahaja regangan-regangan litar tempat ia tersambung jatuh ke bawah nilai yang telah ditentukan terdahulu.
lead timemasa penduluKejuruteraanTiada3. masa pendulu: Jeda sebaik-baik sebelum pengecaman pemicu, dalam paparan osiloskop pensampelan rawak.,4. Masa yang dibenarkan atau diperlukan untuk memulakan dan membangunkan sesuatu kelengkapan yang mesti disediakan untuk kegunaan pada masa yang tertentu.,5. Masa yang diperlukan untuk menyiapkan suatu kitar kegiatan, biasanya merujuk kepada proses pengeluaran, dari idea mula hingga ke keluaran siap.
primary creeprayap primerKejuruteraanTiadaRayap logam yang terbentuk sebaik saja dikenakan beban malar.
12345678910...

Kembali ke atas