Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaiknya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Terma "Face ID" sebaiknya di terjemahkan Bahasa ialah "Pengesan Wajah" ? Atau ada terma yang lebih elok. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan Face ID. Perkataan Pengesan Wajah boleh digunakan sebagai cadangan awal.Penyemakan dan penterjemahan07.12.2017
Assalamualaikum, Bolehkah menggunakan 'ia' sebagai kata ganti nama untuk orang? Atau sebaiknya menggunakan 'dia'? Sekian, terima kasih.

Kedua-dua ‘ia’ dan ‘dia’ ialah kata ganti nama diri orang ketiga.

Tatabahasa17.01.2015
untuk perkataan bahasa inggeris perlukah diitalikkan?Dalam penulisan teks berbahasa Melayu, anda sebaiknya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Walau bagaimanapun sekiranya teks bahasa Inggeris yang digunakan dalam ayat tidak ada padangannya dalam bahasa Melayu atau petikan teks tersebut  perlu diitalikkan.   Lain-lain23.10.2018
Salam, Perlukah perkataan "ikan" diletakkan di hadapan perkataan "yu". Maksud saya, perkataan Inggeris "shark" sebaiknya diterjemahkan sebagai "ikan yu" atau cukup sekadar "yu" sahaja. Terima kasih.Terjemahan shark dalam bahasa Melayu ialah yu.Istilah01.04.2013
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Adakah frasa "tiada kucing tikus menari-nari" yang merujuk kepada, ketiadaan pegawai atasan, pekerja bawahan tidak bekerja sebaiknya, ini peribahasa atau bahasa perbualan/ percakapan sahaja? Mohon penjelasan.Peribahasa yang tepat  ialah "kucing pergi tikus menari" yang membawa maksud perbuatan bersuka ria oleh pekerja apabila ketua tiada.Lain-lain21.12.2020
Salamualaikum.. saya ada 2 soalan, pertama, apakah fungsi kata apitan 'ber'? contohnya; saya bermain bola sepak. apakah penerangan sebaiknya untuk diterangkan dan seerti dalam bahasa inggeris. untuk lebih memahami soalan saya ini. saya lanjutkan dengan contoh lain seperti' saya sedang bermain bola sepak'. penggunaan sedang menunjukkan 'masa sekarang@kini' dan seerti dalam bahasa inggeris adalah present tense. soalan kedua ialah apakah buku yang sesuai terdapat di pasaran untuk digunakan sebagai rujukan bagi pelajar antarabangsa untuk mempelajari bahasa melayu. sekian terima kasihAwalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa26.11.2012
Salam sejahtera, adakah frasa "melarang untuk" boleh diterima pakai? Sekian, terima kasih.Frasa melarang untuk tidak  tepat. Sebaiknya perkataan melarang perlu diikuti kata keterangan  atau nama. Contohnya, melarang seseorang, melarang calon, melarang  duduk, melarang makan atau lain-lain yang bersesuaian.Tatabahasa17.05.2021
kami ingin menukar papan tanda restoran anda dari '' LE BISTRO 33 '' kepada '' BBQ & SMOKE ''. Oleh itu, kami memerlukan kebenaran daripada anda.Sebaiknya BBQ & SMOKE  mengggunakan bahasa Melayu kecuali nama tersebut telah didaftarkan.Lain-lain13.06.2018
Berdiri Food Tec Sdn Bhd Sdn. Bhd. Adakah nama seperti diatas bersesuaian untuk dijadikan nama syarikat ?Penamaan syarikat sebaiknya menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. "Berdiri Food Tec Sdn. Bhd. tidak sesuai dan perlu dielakkan kerana percampuran bahasa Melayu dan Inggeris dalam satu nama. Tatabahasa12.09.2022
1234

Kembali ke atas