Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sébak/; bersebak 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah. menyebak 1 mem­buat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). 2 membuka (halaman buku dll); menyingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebak
1. Bersinonim dengan digenangi air: sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

2. Dalam konteks dada
bersinonim dengan sesak, sebu, sedih, berat,
Berantonim dengan lega

Kata Terbitan : menyebakkan, menyebak, tersebak,


Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaandaun kening yang gugun, menghidu wangi anggerik dan menghayati siuban mendu sang senayan di puncak pergunungan mi?” Bisik hati Lakek Uyuk sambil menenyeh-nenyeh kebopak matanya dengan hujung jan. Dadanya sebak. Semakin ditenyeh, air matanya semakin denas. Hatinya sedih. Pilu mengenangkan kesegaran puncak Tuit yang tidak akan dapat dinikmati bagi bensama Oko Ipong. Lakek Uyuk bentafakun seketika sambil memejamkan mat an Aku penlu segera ke masjid dan perlu cepat ke pangkalan. Di masjid aku bersiladi sisi jenazah Mak Aji Kiah. Kuperhatikan kolam matanya masih bergenang tenang. Wajahnya juga tenang dan berseri. Sebak dan haru dadaku mengenang kepenitan hidupyang dialaminya semasahayatnya masihada, apatah lagi dosa-dosadan penganiayaan sebahagian besar daripada orang kampungku terhadapnya. Tidak jauh dan mimban kulihat Tuan Aji Kawi sugul. Meskipun D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=8&hits=6cda+8740+8be1+9aa0+a051+b6cf+c421+cb11+

Kembali ke atas