Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bal] | سبل

Definisi : = ~ hati berasa dongkol atau marah dlm hati (kerana kecewa dll), berasa kesal (kecewa), jengkel, mendongkol: melegakan hati yg ~; dgn perasaan yg ~, kami bertujuh pulang hampa; menyebal menjadi (berasa) sebal, menjadi jengkel (mendongkol); kalau pujuk makin ~, kalau marah baharu ketawa prb kelakuan yg tidak pd tempatnya; menyebalkan menyebabkan sebal, me­nim-bulkan rasa dongkol, mengesalkan; penyebal orang yg mudah berasa sebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bal] | سبل

Definisi : Jw tidak beruntung, malang, sial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bal] | سبل

Definisi : Jw; menyebal menyimpang (drpd yg sepatutnya), tidak menurut peraturan, menyeleweng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bal] | سبل

Definisi : , = ~ hati berasa kesal atau men­dongkol kerana kecewa dll. me­nyebalkan menyebabkan menjadi se­­bal: Keputusan peperiksaan itu sangat-sangat ~ hati kami. kesebalan perasaan sebal; kekesalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebal
Kata Terbitan : menyebal, kesebalan, penyebal, sebal2,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal.Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. Tatabahasa15.09.2011
apakah beza perkataan sesal dan kesalMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.05.2009
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020

Kembali ke atas