Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ban.ding] | سبنديڠ

Definisi : seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanding

Peribahasa

Menempuh baik,
     ditempuh istimewa lagi;
durian tidak apa-apa,
     mentimun juga yang binasa.

Bermaksud :

Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, adakah peribahasa yang berbunyi 'seperti mentimun dengan durian'? Dan apakah maksudnya? Terima kasih.Peribahasa seperti mentimun dengan durian bermaksud orang yang lemah melawan orang yang kuat; perlawanan yang tidak sebanding.Makna03.09.2013
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQSetanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta.Tatabahasa07.02.2012
Apakah bedanya di antara "Menyeimbangkan" dgn "Mengimbangkan"?Menurut Kamus Dewan, menyeimbangkan ialah menjadikan seimbang (tetap, tidak turun naik, dsb): tugas utama kabinet baru ini ialah ~ ekonomi; kerajaan berhasrat menyusun semula masyarakat untuk ~ kedudukan ekonomi;

Mengimbangkan pula ialah menjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dalam negara ini; ~ kira-kira;
Tatabahasa12.08.2013

Kembali ke atas