Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ban.dung] | سباندوڠ

Definisi : sepasang, dua serangkai; ayam ~ dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur; rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu; telur dua ~, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebandung

Peribahasa

Telur sesangkak,
     pecah satu pecah semua.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan rumah sebandungMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebandng bermakna dua serangkai. Jadi untuk rumah sebandung ialah rumah dua serangkai. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna02.01.2009
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan?Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu.Tatabahasa10.01.2013
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.

Lain-lain15.11.2011

Kembali ke atas