Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bang.sa] | سبڠسا

Definisi : 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebangsa

Peribahasa

Akik disangka batu.

Bermaksud :

Sesuatu yang menghina. akik = sebangsa batu berwarna.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gergasi. Gergasi digambarkan sebagai rupa manusia yang bersaiz besar. Adakah 'orang' atau 'ekor' yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.Tatabahasa01.07.2013
Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi 'gergasi' yang berbentuk seperti manusia. Adakah kita menggunakan seorang gergasi atau seekor gergasi? Mohon pencerahan dibalas pada hari ini. Sekian, Terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain.




 

Tatabahasa02.04.2013
Mohon bertanya tentang perkataan 'sejenis'. Adakah perkataan ini boleh diginakan sebagai penjodoh bilangan dan juga dikenali sebagai kata penentu. Mohon jawapan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih.

Mengikut Buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kata sejenis berasal daripada kata dasar "jenis" yang digolongkan dalam kata nama. Mengikut Kamus Dewan pula, kata "sejenis" membawa maksud semacam; sebangsa. Oleh itu, kata "sejenis" tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan dan kata penentu, tetapi digolongkan sebagai kata nama.

Tatabahasa06.12.2018

Kembali ke atas