Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.nya/] | سباڽق

Definisi : sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.nya/] | سباڽق

Definisi : sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ialah sebanyak atau adalah sebanyak?Yang betul "adalah sebanyak".Tatabahasa30.05.2014
Sebanyak/ Seramai/ Terdapat)36 orang peserta mengikuti lawatan itu. Jawapan yang mana paling tepat? Sekian, terima kasih.Seramai...Tatabahasa03.09.2012
sebanyak 165 orang atau seramai 165 orangSeramai 165 orang.Tatabahasa19.10.2007
"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasihBacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun"Lain-lain03.11.2017
1. Apakah kata dasar untuk "sedikit"? 2. Adakah kata 'sedikit sebanyak' digunakan? 3. 'Sedikit-sebanyak' ATAU 'Sedikit banyak' yang betul? 4. Sila bina ayat untuk menjelaskan makna kata tersebut?

Kata dasar untuk sedikit ialah dikit. Ejaan yang betul ialah sedikit sebanyak, iaitu bermaksud lebih kurang.

Contoh ayat: Bantuan kerajaan kepada penduduk terjejas banjir sedikit sebanyak telah meringankan beban mereka.  

Tatabahasa09.02.2015
Penggunaan manakah yang tepat? Ialah sebanyak ataupun adalah sebanyak, dan kenapa? Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri ialah dan adalah amat minimum, contohnya Ali ialah seorang guru, boleh menjadi Ali seorang guru. Sila semak semula ayat puan dan berkemungkinan kata ialah dan adalah tidak perlu hadir dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa25.05.2020
macam mana nak membesakan penggunaan sebanyak dan seramai. Contoh sebanyak 14 orang telah mati didalam keemalangan semalam. kenapa tidak gunakan seramai. ramai yang heboh kata banyak pada binatang dan ramai pada manusia. harap dapat penjelesan.Ramai dan banyak boleh digunakan untuk manusia. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Tatabahasa11.09.2013
Assalamualaikum. Bolehkah ayat ini digunakan? Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa diperlukan". Bolehkah "sebanyak mana" digunakan untuk ayat bukan pertanyaan ini? Kalau tidak, apakah perkataan lain selain "jumlah" kerana saya rasa "jumlah" tidak sesuai utk teks ini. Terima kasih.

Perkataan sebanyak mana boleh digunakan. Ayat yang dicadangkan ialah, Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa yang diperlukan.

Tatabahasa04.11.2019
1. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dia mahu. 2. Sejurus tiba di rumah, Ahmad meminum air sebanyak yang dimahukannya. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.Ayat yang tepat ialah " Sejurus tiba di rumah, Ahmad minum air sebanyak yang dimahukannya."Tatabahasa26.06.2013
Wang sebanyak dua puluh ringgit telah diberi oleh ibu kepada Zahid. Adakah apa-apa kesalahan dalam ayat ini??Ayat tersebut betul.Tatabahasa06.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas