Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.nya/] | سباڽق

Definisi : sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.nya/] | سباڽق

Definisi : sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corn/mazejagungVeterinarTiadaSejenis bijirin Zea mays, dalam famili Graminae, yang bijinya menjadi sumber tenaga utama, iaitu sebanyak 12-14 MJ/kg dalam rangsum ternakan. Jagung mempunyai kandungan protein sebanyak 9-11% manakala kadar kandungan lemak sebanyak 3-4%. Bahan makanan ini digunakan dengan meluas sebagai makanan ayam kerana ia mudah dicerna dan mengandungi pigmen xantofil yang memberi warna kekuningan pada kuning telur dan kulit ayam. Bahan ini sesuai untuk pelbagai jenis haiwan dan mempunyai nilai cerna yang melebihi 80%. Bahan makanan ini juga biasanya akan diberi kepada ternakan selepas ia dikisar, digelek atau dimasak seperti bertih. Selain sumber tenaga, jagung juga boleh menghasilkan bahan sampingan lain seperti batang, tongkol dan mil gluten jagung yang digunakan sebagai sumber foraj untuk ternakan ruminan.
double flatflat gandaKesenianTiada1. Tanda kromatik untuk tujuan memperluaskan jeda sebanyak dua semiton. 2. Tanda kromatik untuk tujuan merendahkan nada sebanyak dua semiton.
double sharpsyap gandaKesenianTiada1. Tanda kromatik untuk tujuan memperluaskan jeda sebanyak dua semiton. 2. Tanda kromatik untuk tujuan meninggikan nada sebanyak dua semiton.
debt pawnbrokinggadaian hutangEkonomiEkonomi IslamHutang yang dijadikan barang gadaian untuk mendapatkan hutang. Contohnya, Ali berhutang sebanyak 100 kg beras dengan Budin. Kemudian, Budin pula ingin berhutang dengan Kamal sebanyak RM100 dan menjadikan 100 kg beras yang dihutang oleh Ali sebagai barang gadaiannya. Amalan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana hutang dianggap berada dalam tanggungan dan tidak boleh diserahkan sebagai barang cagaran. Sesetengah ulama membolehkan amalan ini dengan syarat berlakunya terima serah dokumen dan penguasaannya hendaklah disaksikan oleh saksi tertentu.
high definition televisiontelevisyen definisi tinggiKomunikasiTiadaSistem televisyen yang diperkenalkan di Eropah yang menggunakan garis lintang sebanyak 825 garisan untuk menghasilkan sesuatu imej. Sistem ini kemudiannya, diperkukuhkan di Jepun dengan menggunakan garis lintang sebanyak 1124 garisan.
labial reductionpengurangan labialPergigianTiadaTeknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm.
bone mealmil tulangVeterinarTiadaTulang yang telah dihancurkan atau dijadikan tepung yang dimasukkan ke dalam makanan haiwan sebagai sumber kalsium dan fosforus. Kandungan kalsium dalam bahan ini ialah sebanyak 27-30% manakala fosforus sebanyak 12-15%.
ibra’ isqatpelepasan gugurPerniagaan IslamTiadaTindakan pelepasan yang dilakukan oleh individu bagi menggugurkan semua atau sebahagian haknya yang ditanggung oleh orang lain. Contohnya, hutang sebanyak RM1 000 telah dibayar RM300. Kemudian, pemiutang melafazkan "Saya gugurkan hutang awak sebanyak RM1 000". Maka dengan itu, gugurlah hutang dan pihak pemiutang boleh menuntut kembali bayaran RM300 yang dibuat dahulu.
supernovasupernovaMatematikTiadaNova yang teramat cerah dengan magnitud mutlaknya boleh mencapai -17 apabila maksimum. Nova ini dikelaskan kepada dua kumpulan: jenis I yang maksimum magnitud mutlak minnya sebanyak -14.3 dan jenis II yang purata magnitud mutlak minya sebanyak -12.2 apabila maksimum.
riba' qardriba hutangPerniagaan IslamTiadaKeuntungan atau faedah yang dikenakan oleh pemiutang terhadap penghutang bagi sejumlah hutang yang diberikan kepadanya. Contohnya, A memberi pinjaman wang kepada B sebanyak RM1,000 dengan dikenakan faedah 7 peratus sebulan bagi tempoh 3 bulan. Lebihan sebanyak RM210 itu ialah riba.
12345678910...

Kembali ke atas