Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak-banyaknya

Peribahasa

Kurang luas tapak tangan,
     nyiru saya tampungkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
Salam sejahtera, Diharap tuan/puan boleh memberi nasihat tentang penggunaan perkataan "maksima". Yang mana antara dua ayat berikut adalah betul? 1. Satu penalti akan dikenakan untuk maksima 15 saat. 2. Satu penalti akan dikenakan untuk 15 saat maksima. Sumber: "A penalty will be applied for a maximum of 15 seconds".Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah maksimum. Maksimum bermaksud jumlah yang sebanyak-banyaknya, paras dan sebagainya yang setinggi-tingginya.

Ayat yang betul dan gramatis ialah Satu penalti akan dikenakan semaksimum 15 saat.
Ejaan24.04.2018
1. Pada setiap waktu petang, Pak Ali akan memberikan __________ nasi kepada ayam ternakannya. A. sekepal B. segenggam Apakah perbezaan antara A. dan B.? Terima kasih.Maksud sekepal - sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi. Maksud  Segenggam pula ialah banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Perbezaannya dapat dilihat dari segi jumlah banyaknya sesuatu yang dapat dipegang.Makna02.07.2019
apa maksud culaanCulaan ialah hasil daripada perbuatan mencula. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna seperti yang berikut:

cula2 چوال 
kata nama 1 hitungan yang dibuat untuk mengetahui banyaknya sokongan terhadap seseorang atau sesuatu pada sesuatu masa: Parti itu biasa membuat cula kawasan sebelum pilihan raya.
kata kerja transitif 2 lihat mencula;

mencula منچوال 
kata kerja tak transitif 1 melakukan cula: Selain mencula, mereka juga menyemak daftar pemilih dalam pilihan raya itu.
kata kerja transitif [pasif: dicula, cula] 2 melakukan cula terhadap (pengundi): Mereka berkempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi.

penculaan ڤنچوالءن kata nama
perbuatan mencula: Penculaan undi yang diamalkan di Malaysia membolehkan parti-parti politik mengenali sebanyak mana pengundi mereka.

culaan چوالءن kata nama
hasil daripada mencula: Culaan setakat ini menunjukkan penolakan pengundi terhadap GST mencecah 75%.

Semua kata adalah bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.
Makna27.07.2023
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013

Kembali ke atas