Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ba.ran] | سيبارن

Definisi : (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ba.ran] | سيبارن

Definisi : se­suatu yg disebarkan. ~ am alat-alat spt surat khabar, radio yg menyebarkan sesuatu berita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Adakah DBP terima pelajar untuk praktikal bahasa arab ? Sebaran respon amat dihargai.. Terima kasihWaalaikumussalam.
Puan, soalan puan kurang jelas. Dewan Bahasa tidak ada menyediakan latihan bahasa Arab untuk pelajar luar.  Akan tetapi jika soalan puan itu bermaksud adakah DBP menerima pelajar bidang bahasa Arab untuk menjalankan latihan industri (prkatikal) di DBP, pihak puan boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar surat berserta resume kepada Ketua Akademi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau memohon melalui e-mel kepada pegawai yang menguruskan pengambilan pelajar praktikal, iaitu
norhizan@dbp.gov.my.  Sertakan sekali surat permohonan dan resume. 
Lain-lain04.01.2017
Luqman Abd HamidView Profile Actions 12:56 Luqman Abd Hamid Luqman assalamualaikum , saya luqman seorang peminat budaya melayu.. bolehkah tuan masukan email saya dlm mailing list untuk sebaran program DBP? saya sering terlepas wacana wacana yg menarik misalnya wacana pagi ini ..Waalaikumussalam, Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih atas sokongan dan minat tuan dalam program-program yang dianjurkan pihak kami. Untuk makluman tuan, tuan boleh mengikuti Facebook Rasmi kami, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini program-program yang akan kami anjurkan misalnya program "Wacana Naskhah Kesultanan Melayu" yang tuan maksudkan. Terima kasih.Lain-lain27.10.2016
Apakah perkataan yg sama erti dengan bertaburan tetapi hanya boleh digunakan di orang.Perkataan yang sama erti dengan bertaburan dan hanya boleh digunakan untuk manusia ialah sebaran dan serakan. Apabila diapitkan dengan imbuhan ber...an, akan menjadi bertebaran dan berserakan.Terima kasih.Lain-lain28.12.2006
Soalan saya, apakah istilah yang sesuai untuk "emission trading"?

Tuan,

Untuk makluman, dalam pangkalan data DBP tidak terdapat padanan istilah bagi emission trading. Walau bagaimanapun, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, emission dalam bidang ekonomi bermaksud sebaran kotoran. Sehubungan dengan itu, jika dilihat daripada konteks tersebut, kami mencadangkan dagangan sebaran kotoran sebagai padanan kepada emission trading. 

Penyemakan dan penterjemahan03.05.2019
Saya ialah penggunaan ejaan berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, termasuk ejaan “insya-Allah”. Saya berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kelemahan ejaan itu di Facebook. Bahan yang disebarkan itu dikatakan bersumber daripada Dr. Zakir Naik. Sebaran itu meminta pengguna bahasa Melayu agar menggunakan ejaan “In Shaa Allah” (tiga patah perkataan). Saya mendapati sudah ada guru menggunakan ejaan ini. Apakah pendirian DBP?Ejaan yang telah ditetapkan oleh DBP ialah insya-Allah.Ejaan30.12.2012
Ada tak istilah untuk "handouts"? merujuk kepada maksud di bawah. a document given to students or reporters that contains information about a particular subject.Dalam bidang Komunikasi, Perpustakaan dan Pentadbiran, istilah bahasa Melayu untuk “handouts” ialah kertas sebaran atau bahan serahan.Istilah21.03.2018
Apakah peranan anggota masyarakat dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antara bangsa?Masyarakat Malaysia memain peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sama ada dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. Pearanan yang harus dimainkan adalah yang berhubung dengan penulisan ilmiah dan kreatif yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa dan persembahannya. Kekuatan bahasa Melayu dalam negara dalam bidang sosial dan ekonomi akan mendorong warga luar untuk mempelajari dan menuturkannya. Dalam persidangan dan seminar di peringkat antarabangsa, masyarakat kita wajar menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ucapan dan kertas kerja. Sebaran bahasa Melayu juga boleh dibuat melalui filem dan media cetak ke peringkat antarabangsa.Lain-lain18.12.2006

Kembali ke atas