Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.rang] | سبارڠ

Definisi : biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
planetplanetSebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang.Menengah Rendah
injapvalveSebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan.Menengah Rendah
pigmenpigment1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya.Menengah Atas
mata kasarnaked eyePandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan.Sekolah Rendah
kidalleft-handedManusia yang biasanya lebih selesa menggunakan tangan kirinya untuk melakukan sebarang aktiviti.Menengah Atas
penyejatanevaporationPerubahan keadaan bahan daripada cecair kepada wap air yang berlaku pada permukaan air pada sebarang suhu.Sekolah Rendah
hukum pengaturan bebaslaw of independent assortmentHukum yang menyatakan bahawa semasa pembentukan gamet, setiap kromosom pasangan alel boleh berkombinasi dengan sebarang ahli daripada pasangan alel yang lain.Menengah Atas
penerima universaluniversal recipientIndividu yang berdarah jenis AB daripada sistem kumpulan darah ABO, yang dapat menerima semua jenis darah tanpa mengalami sebarang kesan bahaya kepada dirinya.Menengah Rendah
penderma universaluniversal donorIndividu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut.Menengah Rendah

Kembali ke atas