Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.rang] | سبارڠ

Definisi : biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tipa-tipa Tbsebarang bekas yang bertutup yang berasal daripada tin.Pak Odok mengeluarkan tipa-tipa. Dia mengeluarkan sebatang tigur. Lantas menghulurkan kepada Nanak.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rupor MSbkelim pada kain.Kain - daripada jenis kain songket dari sebarang warna - selalunya warna biru sebagai warna pilihan dan warna merah jingga. Di bahagian belakang kain itu akan dirupor. Rupor ini dikenali dengan tapih pada bahasa Berunai.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
debak Ir1. sejenis gendang.Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak.‘Situbau’ Sambut Pengantin LelakiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngangkat abongan Bj Smkemuncak tarian runsai – hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama.Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
situbau Irsejenis tarian yang menggunakan kain dastar ketika menarikannya.Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak.‘Situbau’ sambut pengantin lelakiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berencong MBrkain samping.Pakaian lelaki selalunya pakaian asli orang-orang Berunai, iaitu berpakaian baju Teluk Belanga yang diperbuat daripada kain sutera sebarang warna; berencong - daripada kain satin yang berkilat warnanya, berdastar yang diperbuat daripada kain yang disulami dengan benang-benang emas yang beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beganding Kd Tnupacara tolak bala.Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas