Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ris] | سباريس

Definisi : (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaris


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Guru itu mengajar pelajar-pelajar cara menulis sebuah karangan. 2. Guru itu mengajar Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajarkan pelajar-pelajarnya Bahasa Malaysia. Adakah ayat-ayat tersebut betul atau salah. 1. Sebaris kata-kata atau sebaris kata. terima kasih

1. Guru itu mengajar pelajar cara menulis karangan. 2. Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 3.Guru itu mengajarkan Bahasa Malaysia. 4. Guru itu mengajar pelajarnya Bahasa Malaysia. 

1. Sebaris  kata.

Tatabahasa10.03.2010
A. dua baris ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. B. dua potong ayat yg tidak gramatis dalam karangan ini. yang manakah betul? apakah perbezaan bagi "sebaris ayat" dan "sepotong ayat"? Terima kasih.Sebaris ayat lazimnya digunakan bagi menggambarkan deretan ayat dalam baris yang sama, manakala sepotong ayat bermaksud potongan ayat yang diambil sebahagian daripada keseluruhan ayat.Tatabahasa06.01.2013
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layangMakna01.04.2014
1. Adakah penggunaan penjodoh bilangan di dalam ayat mesti diikuti dengan kata nama? 2. Jika tidak diikuti dengan kata nama, apakah jenis penjodoh bilangan tersebut? 3. Bagi ayat di bawah adakah frasa 'sebaris' dan ' dua kumpulan' dikira sebagai penjodoh bilangan? Contoh: 1. Amir duduk sebaris dengan rakanya. 2. Murid kelas 1 Amanah dibahagikan kepada dua kumpulan. Terima kasih.

Dalam bahasa Melayu, lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Namun  demikian, bukan semua kata bilangan mesti diikuti oleh penjodoh bilangan. Dalam hal ini terdapat dua peraturan tentang penggunaan penjodoh bilangan. Kata bilangan tentu mestilah disertai oleh penjodoh bilangan contohnya, "Lima orang guru" (Lima (kata bilangan) + orang (penjodoh bilangan) + guru (kata nama). Kata bilangan tidak tentu  tidak perlu disertai oleh penjodoh bilangan contohnya,  "para pelajar" dan "semua pemuda".  Perkataan "sebaris" dan "dua kumpulan" dalam ayat tersebut bukan penjodoh bilangan.

Tatabahasa15.02.2021
saya mahasiswa YIU ingin bertanya,bagaimanajaramembuwatpantaug

Untuk makluman saudara, pantun dibina/dibuat oleh lima(5) ciri yang paling asas, iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan, dan jumlah suku kata.Contohnya untuk pantun 4 kerat,

1.Pembayang ( baris pertama dan baris kedua). Contoh: Padi muda jangan dilurut/Kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud( baris ketiga dan baris keempat). Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( Persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas bawa belayar/Masak sebiji di dalam peti/Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun, antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
Saya mahasiswa YIU ingin bertanya, berkaitan dengan cara membuat pantun dalam Bahasa Melayu.

Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibuat atau dibina oleh 5 ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya lihat pantun empat kerat.

1. Pembayang dimaksudkan baris pertama dan baris kedua pantun. Contoh: Padi muda jangan dilurut/ kalau dilurut pecah batangnya,

2. Maksud pula untuk baris ketiga  dan baris keempat pantun.Contoh: Hati muda jangan diturut/Kalau diturut susah datangnya.

3. Rima akhir( persamaan bunyi suku kata pada baris akhir pantun, iaitu ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris. Umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris.Contoh: Pisang emas dibawa belayar/ Masak sebiji di dalam peti/ Hutang emas boleh dibayar/ Hutang budi dibawa mati.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain14.07.2010
Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S

Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung (  ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Lain-lain21.01.2020
Bagaimanakah handak membuat pantun didalambahasamelayu

Untuk makluman saudara, serangkap pantun dibina oleh lima(5) ciri yang paling asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Contohnya seperti  Pantun Empat Kerat ini. Pucuk pauh delima batu/Air sembilan di tapak tangan/Sudah jauh di negeri satu/Jauh di mata di hati jangan.

1. Pembayang merupakan baris pertama dan baris kedua pantun .Contohnya, Pucuk pauh delima batu/ Air sembilan di tapak tangan

2. Maksud pantun pula pada baris ketiga dan keempat pantun. Contohnya, Sudah jauh di negeri satu/ Jauh di mata di hati jangan.

3. Rima akhir (persamaan bunyi suku kata pada baris akhir  pantun tersebut ialah ab,ab)

4. Jumlah perkataan dalam sebaris umumnya pantun 4 kerat terdiri daripada 3 perkataan sebaris, 4 perkataan sebaris dan 5 perkataan sebaris. Contohnya seperti pantun di atas.

5. Jumlah suku kata dalam baris pantun ialah antara 8-12 suku kata.

 

 

Lain-lain28.07.2010
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta?Perkataan “guli” dan “gundi” wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak “guli-gundu” kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata “berderet-deret” ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan.Tatabahasa13.03.2014
translate bahasa malayu ke bahasa jawi untuk buat signboard. (Kedai Hasil Laut Dan Daging Tidak Halal .)Sila pastikan keterangan aktiviti perniagaan ditulis sebaris

KEDAI HASIL LAUT DAN DAGING TIDAK HALAL:  كداي حاصيل لاءوت دان داڬيڠ تيدق حلال

Lain-lain23.12.2020
12

Kembali ke atas