Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ti] | سباتي

Definisi : (amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya): bau itu sudah ~ benar dgn hidungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.ti] | سباتي

Definisi : betul-betul bergaul (meresap dsb); sangat mesra: Kacau adunan itu hingga ~. bersebati bergaul (ber­campur) hingga menjadi sebati; ber­padu. menyebatikan menjadikan se­bati. sebatian bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. persebatian hal atau keadaan bersebati: ~ ini berlaku apabila ada tenaga. penyebatian proses atau perbuatan menyebatikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?)

Saudara Ho,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika
'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan  lumayan.'

Tatabahasa03.10.2012
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan. 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun semak di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Simpulan bahasa sama seperti peribahasa disusun mengikut abjad bukan mengikut makna. Justeru, sesiapa yang memerlukan maksud yang berkenaan perlu membuat kerja rumah dengan menyemak satu per satu.Lain-lain12.09.2021
1)simpulan bahasa untuk mengucapkan penghargaan 2)simpulan bahasa untuk kenduri di rumah kediaman sempena hari perayaan 3)Simpulan bahasa untuk "Menjadi sebati dan meresap ke jiwa"Sekiranya tuan ingin mendapatkan simpulan bahasa yang sesuai, sila rujuk kamus peribahasa dan menyemak enteri satu demi satu, ataupun buat carian di PRPM dan semak satu per satu makna yang diberi sekiranya ada maklumat tentang simpulan bahasa atau kiasan. Lain-lain08.09.2021
Selamat sejahtera, soalah saya: apakah padanan yang tepat untuk istilah "internalised racism"? Terima kasih.Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "internalised racism" ialah rasisme sebati.Makna19.08.2021
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah cadangan terjemahan bagi istilah 'Blended Wing Aircraft'? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan "Blended Wing Aircraft" ialah Pesawat Sayap Sebati.Penyemakan dan penterjemahan04.01.2016
apakah maksud permainan tradisiPermainan tradisi bermaksud permainan  atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb)Istilah26.11.2009
Mengapa perkataan "tatacara" tidak termasuk dalam kata majmuk mantap sedangkan ia ditulis secara rapat?Senarai kata majmuk mantap yang tersenarai dan tular dalam kalangan pengguna ialah contoh kategori kata berkenaan. Penulisan kata "tatacara" telah ada rumus dalam tatabhasa, iaitu awalan asing yang lama terserap masuk dan menjadi sebati dengan perkataan dasar bahasa Melayu sehingga penggunaannya amat produktif dieja bergabung dengan kata dasar. Tatabahasa05.11.2023
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011
perbezaan antara "menguli" dan "mengadun"Tidak banyak perbezaan antara perkataan menguli dan mengadun. Kedua-duanya mempunyai makna yang lebih kurang sama iaitu menguli ialah meramas-ramas dan menekan-nekan seperti adunan roti, kuih dengan tangan untuk menyebatikannya, manakala mengadun ialah menggaul sesuatu campuran seperti tepung dengan air, susu dan santan supaya lebih sebati.Tatabahasa14.12.2021
erti kata 'dasar'

Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll),  3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi,  8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya,  10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna12.03.2010
12

Kembali ke atas