Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : ® bati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : campuran dua unsur atau lebih menjadi satu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.tian] | سباتين

Definisi : bahan yg terdiri drpd dua unsur atau lebih yg berpadu secara kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEBATIAN

Sebatian ialah bahan yang mengandungi lebih

daripada satu jenis atom. Setiap sebatian

mempunyai komposisi tertentu yang boleh

diperikan dengan formula kimia. Contohnya, air

ialah sebatian yang mengandungi dua jenis atom,

hidrogen (H) dan oksigen (O). Formula kimia air

ditulis H 2 O kerana terdapat dua kali sebanyak atom

hidrogen dengan atom oksigen dalam mana-mana

sampel air. Lain-lain sebatian biasa termasuk garam

dan gula. Sebatian ini dan banyak sebatian lain

wujud dalam alam semula jadi. Banyak sebatian

lain juga dicipta secara artifisial.

UMUM 
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM 
SODA

Soda ialah nama biasa bagi sekumpulan sebatian

yang mengandungi natrium. Sebatian natrium ini

dibuat daripada garam biasa (NaCl), yang terdiri

daripada natrium dan klorin.

UMUM 
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 
POLIKLORINAT BIFENIL (PCB)

Poliklorinat bifenil (PCB) adalah mana-mana

kumpulan sebatian sintetik yang terbentuk dengan

menggantikan atom klorin (simbol kimia, CI)

dengan atom hidrogen (H) dalam sebatian yang

dikenali sebagai bifenil (C 6 H 5 C 6 H 5 ). Satu molekul

PCB mungkin mempunyai satu atom hingga 10

atom klorin.

UMUM 
LIKUORIS

Likuoris ialah herba yang mengandungi perisa

serta sebatian berguna bagi kegunaan perubatan.

Perisanya terdapat pada akar dan rizom herba yang

panjang serta manis rasanya. Akar dan rizomnya

mengandungi sebatian, yang dikenali glisirizin,

kira-kira 50 kali lebih manis daripada gula. Likuoris

adalah tumbuhan saka, iaitu ia hidup lebih

daripada satu musim pertumbuhan.

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
KIMIA ORGANIK

Kimia organik ialah kajian tentang sebatian

yang mengandungi atom karbon. Atom karbon

adalah luar biasa kerana ia boleh membentuk

ikatan kimia dalam banyak cara yang berbeza,

dengan lain-lain atom karbon dan dengan lain-lain

unsur kimia. Hasilnya, banyak jenis sebatian yang

mengandungi karbon boleh wujud. Ahli sains telah

mengenal pasti beberapa juta sebatian organik.

UMUM 
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 
MONAZIT

Monazit ialah mineral berat, berwarna kuning-perang.

Ia adalah sebatian fosfat (fosforus dan

oksigen), yang terdiri daripada logam nadir bumi

dan torium. Formula kimianya ialah

(Th , Ce, la, Y)PO 4 . Monazit adalah satu sumber

daripada torium, iaitu bahan api nuklear yang

digunakan dalam sesetengah reaktor nuklear.

Monazit juga adalah sumber penting bagi unsur

dan sebatian nadir bumi, yang digunakan dengan

meluas dalam pembuatan kaca dan logam.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas