Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ya] | سباي

Definisi : 1. seumur, sama umurnya: anak-anak muda yg ~; 2. sama (besar, tinggi, dll): rumahrumah dlm kelompok itu kelihatan ~ belaka;ditanamnya anak pisang yg hampir ~ tingginya dgn dia sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.ya] | سباي

Definisi : sama umurnya atau sama besarnya: Orang yg ~ dgn gadis ini sukar dicari utk dipinang dlm kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaya

Puisi
 

Laju perahu laju,
     Laju sampai Sungai Sebaya;
Buruk kain buruklah baju,
     Baru lupa kepada saya.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
rakan sebaya,gejala sosial, pengangkutan awam ialah kata majmuk atau bukan?

Perkataan yang saudara senaraikan itu bukan tergolong dalam kata majmuk. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.  

Istilah08.01.2010
Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..??Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut.Tatabahasa31.05.2011
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini.Remaja mudah terpedaya akan kata-kata rakan sebaya dan melakukan kegiatan negatif seperti membuli.Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain.Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut percakapan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini. Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut arahan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
1. Rakan sebaya memberi /memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Soalan: memberi atau memberikan yang betul?

1. Rakan sebaya memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada.

Tatabahasa17.08.2011
Mana satu yang betul? 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat. 2. Mereka dibebankan oleh tekanan yang berat. Mana satu yang betul? 1. mengikut jejak rakan sebaya 2. mengikut jejak langkah rakan sebayaAyat yang betul ialah 1. Mereka dibebani oleh tekanan yang berat.
Manakala Ayat 2 perlu diubah menjadi "Tekanan yang berat dibebankan kepada mereka".
Ayat 1: Mengikut jejak rakan sebaya. (bermaksud mengikut "bekas tapak kaki" atau "bekas laluan")
manakala Ayat 2 : Mengikut jejak langkah rakan sebaya ( bermaksud menyusul/membayangi)
Jadi, kedua-dua ayat ini betul, berbeza pada maksudnya sahaja.
Tatabahasa07.08.2014
Saya ingin bertanya apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'peer review'?Untuk makluman, belum ada istilah khusus bahasa Melayu untuk peer review. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk peer, iaitu sebaya, setara, rakan, rakan sebaya, rakan sekerja, dan sejawat. Istilah untuk review pula ialah kajian semula, semakan, ulasan dan tinjauan.  Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. Istilah07.01.2013
Apakah perkataan yang sesuai bagi terjemahan perkataan 'peer evaluation'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "peer evaluation". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "peer", iaitu sebaya, setara, sejawat, rakan sekerja, rakan sebaya. Istilah bahasa Melayu untuk "evaluation" ialah penilaian. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah penilaian rakan sebaya, penilaian rakan sekerja atau penilaian setara. Walau bagaimanapun, tuan boleh memilih salah satu atau padanan lain yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks  penggunaan istilah tersebut.Istilah29.07.2013
adalah boleh jika kita menggunakan kata tanya dalam ayat, tetapi pada akhir ayatnya kita tidak menggunakan tanda tanya? contohnya "hal ini berlaku, bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya.'"Hal ini berlaku bila remaja terpengaruh dengan rakan sebaya. Ayat yang betul ialah: hal ini berlaku apabila remaja terpengaruh dengan rakan sebayanya. Di sini tidak memerlukan penggunaan tanda tanya kerana ayatnya bukan ayat tanya tetapi ayat penyata. Penggunaan kata tanya dalam ayat tersebut salah sepatutnya digunakan kata apabila.Tatabahasa11.05.2007
Ingin mendapat maksud dengan lebih mendalam perkatanberikut: 1. Sikap pelajar 2. Iklim sekolah 3. Peranan guru 4. Pencapaian 5. Rakan sebaya1. Sikap pelajar ialah perbuatan atau pandangan pelajar yang berdasarkan sesuatu pendapat. 2. Iklim sekolah bermaksud suasana atau keadaan sekolah. 3. Peranan guru ialah bahagian atau fungsi yang dipegang oleh guru. 4. Pencapaian ialah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh) atau prestasi. 5. Rakan sebaya ialah rakan yang sama umur.Makna29.08.2007
Umur Aina dan Ainin adalah sebaya kerana mereka berdua kembar. Maaf, saya ingin bertanya tentang kata tunggal yang terdapat di dalam ayat tersebut. Selain perkataan umur, adakah perkataa kembar juga adalah kata tunggal juga?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata tunggal.Tatabahasa02.06.2020
12345

Kembali ke atas