Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.gi.ni] | سبݢيني

Definisi : sebanyak ini, sekian ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebegini


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
resident virusvirus huniTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang terus aktif walaupun perisian hosnya telah dihentikan. Virus sebegini hanya dapat dihentikan apabila sistem komputer dimatikan. Lihat juga virus ingatan-huni.
clerestorytingkap cahaya atasanKesenianSeni BinaTingkap yang berada pada kedudukan tinggi di atas paras mata. Pembinaan tingkap sebegini adalah bertujuan untuk membawa cahaya di luar, udara segar atau kedua-duanya masuk ke dalam ruang dalaman. Tingkap seperti ini banyak terdapat di gereja-gereja dan bangunan basilika pada zaman Rom. Dalam seni bina moden, tingkap seperti ini selalunya dipasang di bangunan-bangunan kilang atau rumah kediaman bagi tujuan menggalakkan pencahayaan.
metaphormetaforaKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang melahirkan sesuatu idea dalam maksud yang lain daripada maksudnya yang tersurat. Pendekatan sebegini mengaitkan makna, emosi, benda, masa dan tempat yang berkemungkinan tidak dapat dikaitkan secara jelas. Metafora boleh bermaksud sesuatu yang cuba disampaikan oleh arkitek melalui reka bentuk bangunan yang mengutamakan komposisi estetik bagi menguatkan keindahan atau semangat tapak. Contoh pendekatan metafora ialah bangunan berbentuk pucuk rebung yang diilhamkan oleh Hijaz Kasturi untuk bangunan Menara Telekom.
trench silosilo paritVeterinarTiadaTempat berbentuk parit diperbuat daripada konkrit atau tanah digunakan untuk menyimpan rumput atau daun-daunan dalam pemprosesan silaj. Tempat sebegini mudah diisi dan dimampatkan dengan menggunakan traktor dan sangat sesuai dibina di kawasan tanah yang rata.
scrollskrolKesenianSeni BinaPola hiasan bercorak lingkaran berbelit yang menyerupai bentuk separuh kertas kulit yang digulung atau seperti corak ombak yang bergulung. Pola hiasan sebegini biasanya terdapat pada ukiran hiasan yang terdapat pada tiang atau dinding bangunan.
warm oclusion depressionlekukan taupan panasSainsHidrometeorologiLekukan sekunder yang terbentuk pada titik berpadunya perenggan sejuk dan perenggan panas untuk membentuk taupan panas. Lekukan sekunder sebegini bergerak cepat menjauhi lekukan primer dan mendalam, walaupun tidak ke tahap yang ketara.
pedigreepedigriVeterinarTiadaSenarai keturunan atau salasilah haiwan yang disimpan dalam rekod yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Senarai ini menunjukkan asal usul sesuatu haiwan. Haiwan sebegini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai sifat-sifat tertentu yang diingini seperti dalam baka asal.
major medical insuranceinsurans perubatan utamainsuransTiadaInsurans kesihatan yang menyediakan faedah terhadap tinggi bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan serta tertakluk kepada deduktibel yang besar. Kontrak sebegini mungkin mengandungi had dalaman tertentu dan satu fasal peratusan penyertaan yang dipanggil fasal koinsurans. Polisi seperti ini biasanya akan membayar belanja yang dilindungi tanpa mengira sama ada individu berkenaan masih berada di hospital ataupun tidak.
major medical insuranceinsurans perubatan utamaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans kesihatan yang menyediakan faedah bertahap tinggi bagi kebanyakan jenis perbelanjaan perubatan serta tertakluk kepada deduktibel yang besar. Kontrak sebegini mungkin mengandungi had dalaman tertentu dan satu fasal peratusan penyertaan yang dipanggil fasal koinsurans. Polisi seperti ini biasanya akan membayar belanja yang dilindungi tanpa mengira sama ada individu berkenaan masih berada di hospital ataupun tidak.
protection philosophyfalsafah perlindunganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenerangan tidak formal tentang reka bentuk suatu sistem maklumat terautomasi yang tertumpu kepada mekanisme keselamatan yang digunakan. Gabungan falsafah perlindungan sebegini dengan perincian keupayaan keselamatan yang lebih formal diperlukan untuk membuktikan mekanisme keselamatan yang wujud dalam sistem maklumat tersebut memadai untuk menjamin keselamatan komputer.
12345

Kembali ke atas