Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
one-shoulder dresspakaian bahu sebelahKesenianTiadaPakaian yang mempunyai bahu sebelah atau lengan sebelah dan mendedahkan bahu yang sebelah lagi.
opposite gripcekak berlawanSukanTiadaSebelah tangan menggenggam palang dari sebelah atas dan sebelah tangan lagi menggenggam dari sebelah bawah.
passepasseSukanTiadaSejenis imbangan sebelah kaki. Sebelah kaki lagi diangkat dengan jari kaki menyentuh lutut kaki sokong.
front scaleskala depanSukanTiadaImbangan atas sebelah kaki. Sebelah kaki lagi diangkat kebelakang dan ditinggikan. Badan sekurang-kurangnya pada paras mendatar.
side scaleskala sisiSukanTiadaImbangan atas sebelah kaki. Sebelah kaki lagi diangkat ke sisi badan dan ditinggikan.
scale forwardskala depanSukanTiadaImbangan atas sebelah kaki. Sebelah kaki lagi diangkat ke belakang dan ditinggikan. Badan sekurang-kurangnya pada paras mendatar. Sinonim : front scale
toga dressgaun togaKesenianTiadaPakaian yang mempunyai bahu sebelah atau lengan sebelah dan mendedahkan bahu yang sebelah lagi.
12-hour systemsistem 12 jamMatematikTiadaSistem waktu yang berasaskan 12 jam pada sebelah pagi dan 12 jam pada sebelah petang. Apabila waktu dinyatakan dalam sistem ini, sebelah pagi atau sebelah petang penting dinyatakan. Misalnya, pukul 5:30 mungkin bermaksud pukul 5:30 pagi atau pukul 5:30 petang. Bandingkan sistem 24 jam.
daun sebelahdaun sebelahKesenianTiadaHasil ukiran berbentuk daun yang terlipat dua dengan tidak menampakkan bahagian yang sebelahnya. daun lipat
orientationorientasi; pengkiblatanMatematikTiada1. Penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas