Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
immediately beforeakhir sebelum; sebelum sahajaUndang-undangTiadaTiada
Precambrian periodzaman PracambriaSejarahTiadaMasa atau tempoh geologi sebelum Zaman Kambria sebelum sejarah manusia bermula.
crepsular rayssinar teja; fajar senjaMatematikTiadaSinar cahaya yang terpancar sebelum terbit atau sebelum terbenam matahari dan terpancar melalui awan atau celah ruang yang tak sekata di ufuk.
acute pre-operative parotitisparotitis prabedah akutPerubatanTiadaKeradangan akut kelenjar parotid sebelum pembedahan, infeksi terjadi sebelum dan tidak berkaitan dengan pembedahan.
Assyrian artseni AssyriaKesenianTiadaObjek-objek seni daripada empayar Assyria pada 1500 sebelum Masihi hingga 612 sebelum Masihi.
set a tablemenyediakan mejaPentadbiran PerniagaanTiadaMenyusun minuman, sudu, garpu dan sebagainya di atas meja sebelum pelanggan tiba atau sebelum hidangan disajikan.
before imageimej sebelumTeknologi MaklumatTiadaImej sesuatu rekod sebelum membuat pengubahsuaian terhadap medan, baris, atau halaman yang boleh digunakan untuk membaik pulih pangkalan data.
ante cibumante cibum (sebelum makan)PerubatanTiadaUntuk diambil sebelum makan.
profit before taxuntung sebelum cukaiPentadbiranTiadaKeuntungan pengendalian sebelum dikira cukai.
early arrivaltiba sebelum masaPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan tetamu yang tiba sebelum tarikh pendaftaran.
12345678910...

Kembali ke atas