Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenar-benarnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political significancekeertian politikSejarahTiadaPengertian yang hakiki atau yang sebenar-benarnya tentang politik.
author as characterpengarang sebagai watakKesusasteraanTiadaPengarang karya kreatif yang memasukkan dirinya sendiri sebagai salah seorang watak dalam cereka yang dihasilkannya. Konsep ini diajukan oleh Jonathan Wilson dalam sebuah makalah yang diterbitkan dalam The Literary Review. Kehadiran pengarang sebagai watak dalam cerekanya sendiri bukan perkara baharu. Keadaan ini dapat dilihat pada bentuk cereka yang dinamakan autobiographical fiction. Berbeza dengan cereka autobiografi, kemasukan pengarang sebagai watak dalam cereka bukan bertujuan menggambarkan watak tersebut secara persis seperti pengarang yang hidup, atau memperlihatkan realiti sebenar yang dialami oleh pengarang tersebut atau dunia sebenar yang dihuninya. Pada satu pihak, penggunaan pengarang sebagai watak dalam sesebuah cereka memberi kesan bahawa cereka yang disajikan itu adalah benar, iaitu sama benarnya dengan pengarang yang hidup dalam dunia nyata. Di pihak yang lain, pengarang sebagai watak dapat memberikan kesan bahawa pengarang itu sendiri tidak nyata kerana sama seperti watak lain dalam cerita, wataknya adalah rekaan semata-mata. Lihat juga fiksyen autobiografi.

Kembali ke atas