Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenarnya

Peribahasa

Busuk,
     busuk embacang.

Bermaksud :

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'sepatutnya', 'sesungguhnya', 'sebetulnya' dan 'sebenarnya' mempunyai maksud yang sama?

“Sepatutnya” bermaksud apa-apa yang patut, semestinya, selayaknya, sebenarnya dan  sudah seharusnya. “Sesungguhnya” bermaksud sebenarnya dan sebetulnya. “Sebetulnya” pula bermaksud sebenarnya dan sesungguhnya. Manakala, “sebenarnya” bermaksud  sebetulnya, sesungguhnya, nyatanya, memang begitulah halnya dan demikianlah.

Jika dilihat pada keempat-empat perkataan tersebut, terdapat perkataan yang membawa maksud yang sama dan boleh digunakan secara bersilih ganti. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang mempunyai maksud berbeza dan tidak boleh digunakan secara bersilih ganti.
Tatabahasa31.08.2020
Apakah sebenarnya perbezaan penggunaan baru dan baharu? Saya selalu keliru tentang penggunaan frasa tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (KDP)  baru dan baharu mempunyai maksud yang sama iaitu membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain.) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga juga mengkategorikan kata "baharu" sebagai kata adjektif dan kata "baru" sebagai kata bantu aspek.

Lain-lain10.01.2024
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan bunting padi? Apakah bentuk betis yang cantik sekali? Bolehkah DBP berikan perihalan bentuk bunting padi?Menurut Kamus Dewan, bunting padi bermaksud bentuk betis yang cantik sekali. Untuk lebih jelas berkenaan bentuk bunting padi, tuan/puan boleh merujuk kepada visual padi yang telah matang.Lain-lain22.06.2018
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan nombor siri? adakah ia bermaksud nombor kemasukan, rekod atau pendaftaranNombor siri ialah nombor yang menandakan satu-satu item atau butiran dalam sesuatu siri, misalnya nombor yang dicetak pada wang kertas.Makna18.05.2011
Maaf sebenarnya soalan saya adalah 'plasma total bilirubin' iaitu total bilirubin dalam plasma, adakah istilah bahasa malaysia untuk total bilirubin, total cholesterol? terima kasihUntuk makluman, istilah plasma total bilirubin, total bilirubin dan total cholesterol tidak ada dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, dalam bidang Perubatan terdapat beberapa padanan istilah untuk total, iaitu jumlah, keseluruhan, total dan lengkap. Oleh itu, cadangan istilah untuk total bilirubin ialah jumlah bilirubin dan istilah untuk total cholesterol ialah jumlah kolesterol.Istilah19.04.2011
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli YahayaKumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor.Lain-lain07.10.2008
Salam sejahtera, sebenarnya saya ingin mencari jawapan bagi perkataan "hari" di hadapan perayaan, sama ada patut dalam huruf besar atau huruf kecil. Tapi kelihatannya tiada jawapan yang tepat telah diberikan. Jadi harap pihak PRPM boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih banyak-banyak.Salam sejahtera, Hari perayaan merupakan kata nama khas, seperti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perlu dieja dengan huruf besar. Bagi perayaan seperti Krismas dan Deepavali, tidak perlu ada perkataan hari di hadapannya kerana sudah merujuk kepada hari perayaan.Lain-lain14.12.2017
Salam sejahtera, sebenarnya keserasian dan ketepatan sesuatu istilah itu tidak perlu dijadikan masalah kerana bukan semua istilah asing itu mencapai ketepatan pada maksudnya kerana istilah "dinosaur" dalam bahasa Inggeris juga istilah pinjaman daripada bahasa Greek yang bermaksud "cicak berat", "cicak yang menggerunkan" dan sebagainya. Jadi saya rasa maksud daripada istilah itu juga kemungkinan tidak mencapai maksud asal kerana cicak bukanlah seberat gajah dan tidak pula menggerunkan seperti ular atau singa. Sedangkan bentuk dan ciri jasmani cicak dengan bandingan yang dibuat adalah jauh berbeza. Itu menunjukkan bukan semua istilah bahasa asing itu mencapai ketepatan pada maksud dan bahasanya. Banyak perkataan Melayu yang boleh digunakan untuk menterjemahkan bahasa Inggeris dan kita patut mencipta istilah kita sendiri tanpa meminjam banyak daripada istilah asing. Saya sekali lagi berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan cadangan saya demi kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. Insya ALLAH, amin.Kami ambil maklum cadangan dan pandangan tuan. Perkara ini akan dipanjangkan untuk makluman pihak yang berwenang di Bahagian Peristilahan dan Leksikologi serta Bahagian Perkamusan DBP.Lain-lain16.11.2015
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan).

Saudara,

Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan  tetapi bentuk mempertingkatkan  yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.  

Tatabahasa08.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas