Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebetulnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah 'sepatutnya', 'sesungguhnya', 'sebetulnya' dan 'sebenarnya' mempunyai maksud yang sama?

“Sepatutnya” bermaksud apa-apa yang patut, semestinya, selayaknya, sebenarnya dan  sudah seharusnya. “Sesungguhnya” bermaksud sebenarnya dan sebetulnya. “Sebetulnya” pula bermaksud sebenarnya dan sesungguhnya. Manakala, “sebenarnya” bermaksud  sebetulnya, sesungguhnya, nyatanya, memang begitulah halnya dan demikianlah.

Jika dilihat pada keempat-empat perkataan tersebut, terdapat perkataan yang membawa maksud yang sama dan boleh digunakan secara bersilih ganti. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan yang mempunyai maksud berbeza dan tidak boleh digunakan secara bersilih ganti.
Tatabahasa31.08.2020
Bagaimanakah ejaan sebetulnya bgi perkataan "khulafa". Sama ada khulafa atau khulafa'

Khulafa' ialah penggunaan dalam bahasa Arab. Penggunaan dalam bahasa Melayu dan dalam bentuk tunggal dieja sebagai khalifah dan apabila jamak digandakan seperti khalifah-khalifah Ar-Rasyidin. 

Ejaan27.06.2011
Assalammualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan koma sebelum perkataan dan. Adakah dibolehkan menggunakan koma sebelum perkataan 'dan'? Saya ada terbaca beberapa buku yang menggunakan penggunaan sedemikian. Bagaimanakah penggunaan yang sebetulnya? Contoh : telur, roti dan susu atau telur, roti, dan susu ? Seperkara lagi, bagaimanakah penggunaan 'al-Quran' yang sebetulnya? Adakah 'al' itu sepatutnya 'Al-Quran' atau 'al Quran dalam sesuatu ayat? Soalan terakhir, bagaimanakah penggunaan ayat dalam konteks huruf besar?misalnya tajuk Kesan-Kesan Buruk atau Kesan-kesan Buruk.Jika ia berupa tajuk,bagaimanakah penggunaan huruf besar untuk kata berganda seperti ini dan bagaimana pula penggunaan kata ganda dalam konteks ayat(bukan tajuk). Contoh: Negeri-Negeri Melayu atau Negeri-negeri Melayu. Sekian sahaja soalan saya. Sekian,terima kasih.

1. Penggunaan tanda koma sebelumdan’ lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelumdan’ biasanya untuk kategori yang berbeza, contohnya: Emak ke kedai membeli ikan, sayur, dan surat khabar.

2. Ejaan yang didaftarkan dalam Kamus ialah al-Quran.

3. Kata ganda yang berfungsi sebagai tajuk dieja dengan huruf kecil seperti Hari Kanak-kanak Sedunia kecuali kata ganda tersebut telah didaftarkan dengan huruf besar.

Tatabahasa18.11.2011
Bagaimana ejaan yang sebetulnya untuk menulis nama-nama Arab dalam teks rencana seperti Al-Barra' bin An-Najjar bin Al-Saif. Apakah nama di pangkal seperti Al dan An perlu huruf besar atau huruf kecil al-Barra dan an-Najjar. Bagaimana pula dengan ejaan khalifah Sayidina Abu Bakar As-Sidique. As itu perlu menggunakan huruf kecil atau besar memandangkan kedudukannya di tengah-tengah dan bukan pangkal perkataan.Selamat petang.

Perkataan an, al dan as ditulis dengan huruf kecil sama ada di pangkal dan di dalam ayat (seperti al-Barra dan an-Najjar dan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq). Sekian. Terima kasih.
Ejaan23.06.2016
Apakah ejaan yang sebetulnya bagi bulan puasa? 1 Ramdhan 2 Ramadhan 3 Ramdan 4 RamadanEjaan yang betul ialah RamadanEjaan18.05.2016
surat rasmi, adakah sebetulnya perlu mempunyai garisan lurus di bawah PERKARADalam surat rasmi, di bawah tajuk perkara tidak perlu digarisi kerana teks perkara ditulis semua berhuruf besar dan huruf tebal (bold).Lain-lain16.06.2009
Saya ingin mengetahui ejaan sebetulnya untuk perkataan "dimulatugas atau dimula tugas"?Sila berikan ayat dengan lengkap supaya kami boleh mencadangkan perkataan yang sesuai dengan konteks ayat.Istilah22.09.2020
Salam, apakah arahan yang sebetulnya diterima untuk arahan bagi bentuk soalan menggariskan jawapan yang betul?Adakah Garisi kata kerja (jawapan) yang betul atau Gariskan kata kerja (jawapan) yang betul?. Terima kasih. Saya ingin selaraskan untuk gaya editing bahan penerbitan kami. Terima kasih.Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua, contohnya Rencana itu saya bukukan; dan ayat suruhan, contohnya Belikan saya sebuah buku. Ayat yang dinyatakan merupakan ayat berbentuk ayat suruhan. Maka, frasa yang tepat ialah Gariskan kata kerja yang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 185 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa25.02.2013
Apakah gelaran jawatan yang sebetulnya digunakan samada Timbalan Ketua Pustakawan atau Penolong Ketua Pustakawan, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar? Kenapa wujudnya perbezaan penggunaan nama jawatan tersebut bagi sesetengah universiti?Dalam Kamus Dewan penolong ditakrifkan sebagai orang yang menolong, atau dalam bahasa Inggeris assistant, manakala timbalan ditakrifkan sebagai penolong kepada dalam bahasa Inggeris deputy. Berdasarkan takrifan tersebut hampir sama sahaja makna kedua-dua perkataan itu tetapi lazimnya timbalan digunakan untuk jawatan/portfolio yang besar seperti Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Pesuruhjaya dan Timbalan Pengarah.Makna20.01.2011
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sebetulnya untuk perkataan Inggeris "Cover" dalam konteks video/audio muzik yang dinyanyikan oleh orang selain penyanyi asal satu-satu lagu. Contohnya: "Skyfall - Adele Cover by Mat".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'cover' mengikut konteks ayat 'Skyfall Adele Cover by Mat' ialah Nyanyian semula lagu Adele oleh Mat - SkyfallMakna02.06.2020
123456

Kembali ke atas