Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.ji] | سبيجي

Definisi : bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebiji

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, yang manakah betul, 1.'sebatang timun atau sebiji timun'? 2.'sebatang pisang atau sebiji pisang'? 3. 'sebatang terung atau sebiji terung'? apakah penggunaan yang sebetulnya untuk penjodoh bilangan 'batang' dan 'biji'. terima kasih

Mengikut data kami, penjodoh bilangan yang sesuai ialah 1. sebiji timun 2. sebiji pisang 3. sebiji terung 4. sebatang pohon pisang. Untuk makluman puan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda.
Lain-lain08.02.2017
Ayat mana yang betul? A) Saya memberikan ibu saya sebiji epal. B) Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya. dan A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Saya memberikan sebiji epal kepada ibu saya".Tatabahasa08.11.2009
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan yang digunakan oleh bumi. Sebagaimana yang sedia maklum, mengikut pengetahuan saya bulan dan matahari menggunakan penjodoh bilangan 'biji'. Sebiji bulan. Sebiji matahari. Adakah bumi menggunakan penjodoh bilangan 'biji' ?

Sdr. Lye terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Untuk pengetahuan Sdr. tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangannya. Matahari, bulan dan bumi memang tidak ada penjodih bilangan yang ditetapkan.terima kasih

Tatabahasa24.06.2009
Ayat mana yang betul? A) Saya memberi ibu saya sebiji epal B) Saya memberi sebiji epal kepada ibu saya. Terima kasih.Yang betulnya ialah 'saya memberi ibu saya sebiji epal.Tatabahasa10.11.2009
salam.apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk batu.sebiji atau seketul?Atau kedua-duanya boleh digunakan?tqSebiji batu dan seketul batu, kedua-duanya betul. Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu dan jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu.Tatabahasa10.08.2011
Perkataan "Sebiji Periuk" adakah perkataan yang betul? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah periuk.

Tatabahasa08.04.2010
Apakah perbezaan diantara penjodoh bilangan biji dan buah? Bilakah ia digunakan.Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi.Tatabahasa29.09.2006
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
Assalamualaikum. Merujuk kepada gambar yang dilampirkan, adakah penjodoh bilangan yang betul telah digunakan? (i) Sebatang pokok pisang. (ii) Seulas pisang. -atau- Sebiji pisang. (iii) Sesikat pisang. (iv) Setandan pisang. (v) Sebiji jantung pisang. Terima kasih.Waalaikumussalam,

Berdasarkan lampiran yang diberikan, penjodoh bilangan yang betul:

1. Sebatang pokok pisang
2. Sebiji pisang
3. Sesikat Pisang
4. Setandan pisang
5. Perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan, akan tetapi berdasarkan bentuk, sebiji jantung pisang yang paling hampir.
Tatabahasa15.08.2015
Sebuah/sebiji mangkuk? Adakah kedua-dua jawapan ini diterima?Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebiji mangkuk".Tatabahasa17.08.2014
123456

Kembali ke atas